TENTERA ALLAH YANG PALING KUAT

Tags

Pada suatu hari, ada seorang sahabat telah bertanya kepada Sayyidina Ali 
“Siapakah tentera Allah yang paling kuat..??”

Lalu Sayyidina Ali menjawab: “Mulanya aku menyangka bahawa besi itu adalah tentera Allah yang terkuat tetapi setelah aku ketahui bahawa api dapat meleburkan besi maka api adalah tentera Allah yang terkuat...

 Tetapi api itu terpadam sebaik sahaja disimbah air, maka air adalah tentera Allah paling kuat. Namun air itu dibawa oleh awan maka aku yakin bahawa awan adalah tentera Allah yang terkuat.

Kemudian aku melihat pula awan ditiup oleh angin maka ku sangka angin adalah tentera Allah yang paling kuat. Akan tetapi aku terlihat pula gunung-ganang yang tetap utuh walaupun ditiup angin kencang maka aku fikir gunung adalah tentera Allah yang terkuat.
Namun di sebalik semua itu, manusia mampu berdiri bahkan boleh mengukir dan membentuk gunung-ganang tersebut. Jadi, manusia adalah tentera Allah yang paling kuat. Akan tetapi manusia itu kalah dengan tidur maka tidur adalah tentera Allah yang terkuat. Kemudian aku temukan kesusahan dan keresahan itu meghilangkan tidur maka kesusahan dan keresahan adalah tentera Allah terkuat.
Lalu kemudian aku mengetahui bahawasanya kesusahan dan keresahan itu terletak di hati… Kemudian aku temui hati itu tidak akan tenteram dan tenang kecuali dengan Zikrullah maka aku amat yakin sekuat-kuat tentera Allah adalah Zikrullah.”