Semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh


# RENUNGAN PAGI #
Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)
"Barangsiapa yg banyak perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barang siapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim)
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina
Yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri
Diam orang mukmin itu ibadah, Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, ibadah ini tidak meletihkan.

Kadang-kadang ini lebih baik daripada ibadah sunat, Yang hatinya di dlm kelalaian. Macammana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah? Kadang2 memikirkan dosanya. Kadang2 memikirkan apa kebaikan yg nak dibuat. Kadang2 memikirkan nak menolong kawan. Kadang2 dia terasa kebesaran Tuhan. Atau dia berniat yg dia diam itu sbb tidak mahu bercakap bukan2. Kadang2 dia diam itu, kalau dia bercakap, Takut dia melakukan kesalahan, Seperti dia mengumpat atau Kalau dia bercakap, Takut2 menyakiti hati orang Atau dia diam itu, Menghormati percakapan orang. Mungkin orang itu bercakap baik, dapat pengajaran Atau dia hendak mengenal orang yg bercakap itu, Baik atau jahat. Dia biarkan saja orang itu bercakap, Dan mendengar sahaja. Kadang2 dia diam itu memikirkan dosa2 yg lalu Atau pun kecuaian dan kelalaian yg telah dibuat,..Supaya dia bertaubat Atau pun pengetahuan yg dilupakan datang semula dalam ingatan..!
Seperti yg dikatakan oleh pepatah Melayu: "Diam2 ubi berisi" atau "Diam2 tong kosong" atau "Diam2 tong berisi sampah penuh kotoran?"
MANFAAT::> Manusia berbicara setiap masa.. bicara yg baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia.. jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.. di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yg menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT..
Bagi orang yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia2.. sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara2 yg berhikmah.. oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yg SIA2..
“BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK BICARA TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN. ORANG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YG BANYAK BICARA.”