KOMPLIKASI PENYAKIT BERJANGKIT





KOMPLIKASI PENYAKIT BERJANGKIT
• Tibi menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.
• Hepatitis B menyebabkan penyakit hati kronik dan kanser hati
• Difteria mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.
• Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi (sawan) dan boleh membawa maut.
• Tetanus mengakibatkan kekejangan otot yang sangat sakit, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.
• Polio menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.
• Penyakit Hib menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
• Campak boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
• Beguk mengakibatkan radang otak, radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
• Rubela pula biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa, tetapi penyakit ini pada ibu hamil boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome