Keistimewaan Ilmu berbanding harta.

Sayyidina Ali dihujahi sepuluh orang khawarij yang was-was dengan kecerdasan akalnya. Mereka bertanya antara ilmu dan harta yang mana lebih istimewa. Sayyidina Ali tangkas memberikan jawapan dengan beberapa hujah yang berbeza. Antaranya

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Firaun dan Haman.

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana ilmu selalu menjaga kita sedangkan harta perlu kita jaga.

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana orang berilmu ramai kawan sedangkan orang kaya ramai pula musuhnya.

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana ilmu bila diajar makin bertambah sedangklan harta makin dikeluar semakin berkurang.

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana ilmu apabila dibiarkan tidak akan rosak tetapi harta jika tidak diusahakan akan berkurangan, bahkan habis dimakan.

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana ilmu itu penerang hati, harta itu merosakkan hati(sifat takbur, riak dan ingkar)

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana orang berilmu dipanggil dengan sebutan mulia sedangkan orang berharta dipanggil dengan sebutan hina.

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana di hsri kiamat orang berilmu dapat memberi syafaat, sedangkan orang yang berharta dihisab dengan berat.

* ilmu lebih istimewa daripada harta kerana orang berilmu sikapnya lemah lembut dan selalu berbakti kepada Allah sedangkan orang yang berharta sering memiliki sifat takbur dan ingkar kepada Allah.



Rujukan :  Buku Ilmu Hikmah Oleh Hasan Al Basri