Hukuman Hudud Ke Atas Penzina

Penzina : terbahagi kepada 2 jenis pelakunya, iaitu Muhsan dan Ghairu Muhsan.

Muhsan ertinya lelaki atau perempuan itu telah berkahwin atau pernah berkahwin dengan akad yang sah dan telah melakukan persetubuhan, manakala Ghairu Muhsan pula lelaki atau perempuan yang belum pernah berkahwin. Kedua-dua jenis penzina ini apabila dilaksanakan hukum hudud ke atas mereka adalah berbeza diantara satu sama lain

Muhsan terdiri di antaranya, suami, duda, janda atau isteri. Jika yang berzina itu Muhsan, jika sabit kesalahan maka hukumannya direjam (dengan batu) sampai mati.

Ghairu Muhsan terdiri daripada mereka yang dikenali sebagai jejaka, teruna, gadis atau dara. Hukuman dera ke atas ghairu Muhsan 100 rotan dan dibuang daerah selama satu tahun.
Dalil daripada hadits Nabi s.a.w.:

“Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Ada seorang lelaki (Maiz bin Malik Al Aslam) datang kepada Nabi s.a.w. ketika baginda sedang di masjid, katanya: Ya Rasulullah, saya berzina. Mendengar ucapan itu Rasulullah berpaling darinya. Tetapi orang itu mengulang-ulang perkataannya, bahkan bersumpah pula. Maka Nabi s.a.w. memanggilnya dan bertanya: Apakah engkau berzina Muhsan?, jawabnya: Benar. Nabi s.a.w. bersabda: Bawalah orang ini dan rejamlah!”


Jika yang berzina itu Ghairu Muhsan, jika sabit kesalahan maka hukumannya 100 sebatan dan dibuang negeri (sejauh perjalanan solat qasar atau melebihi 2 marhalah) selama satu tahun. Firman Allah s.w.t.:


Maksudnya: “Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman”. (An Nur : 2)

Dalil dibuang satu tahun berdasarkan sabda nabi s.a.w.:
“Zaid bin Kholid r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya orang yang zina ghairu muhsan, didera seratus kali dan dibuang satu tahun …..”. (Hadits riwayat Bukhari)
Ibnu Syihab berkata : Pernah aku diberitahu oleh Urwah bin Azzabair, bahawa Umar bin al-Khattab membuang orang berzina. Sesudah itu turunlah sunnah Rasulullah yang demikian.

“Ubbadah bin Askshomit r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Jejaka berzina dengan gadis, hukumannya seratus kali dan dibuang selama satu tahun”.

Pembuangan harus dilakukan paling dekat jarak sah solat qasar atau lebih jauh jika perlu. Hal ini tidak ada beza di antara lelaki dan perempuan. Tetapi pembuangan untuk wanita harus disertai dengan mahramnya.

Penzina Hamba Sahaya

Hukuman bagi hamba sahaya adalah separuh daripada hukuman orang merdeka. Mengikut jumhur ulamak hamba baik yang muhsan atau ghairu muhsan hukumannha 50 kali dera dan dibuang setengah tahun. Hal ini kerana rejam tidak dapat dibahagi dua. Ini berdasarkan firman Allah:


Makdudnya:"…... kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa Yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan Yang merdeka. (Hukum perkahwinan) Yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang Yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (An-Nisa’ : 25).
Syarat-syarat zina Muhsan
Syarat-syarat zina Muhsan empat perkara : baligh, berakal, merdeka dan pernah bersetubuh dalam akad nikah yang sah.


Cara Hukuman Di jatuhkan: