Dua mangsa culik di Semporna disahkan selamat – KP ESSCOM


LAHAD DATU: Dua wanita, termasuk seorang pelancong China yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata api di Singamata Reef Resort, Semporna, disahkan berada dalam keadaan sihat dan dipercayai sudah dibawa ke selatan Filipina.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek, berkata berdasarkan maklum balas bahagian risikan, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi mereka disembunyikan dan kumpulan penculik yang terbabit
“Salah seorang daripada anggota penculik itu dipercayai terbabit dengan kes penculikan di Pulau Pom-Pom, Semporna tahun lalu, manakala selebihnya terbabit dengan insiden penculikan di Pulau Sipadan pada 2000.
“Kumpulan penculikan untuk wang tebusan ini dipercayai aktif dan agresif di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.