Anjuran Mengenang Budi

Tags

Berbuat baik adlah dituntut pada semua orang tetapi yang sebaik-baiknya, budi yang ditaburkan bukan minta dibalas. Namun begitu,sebagai orang islam, menjadi tuntutan juga untuk bersikap mengenang budi dan membalas kebaikan orang lain terhadap kita dengan kebaikan juga.

Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar, katanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud

    ".........dan sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak ada sesuatu untuk membalasnya maka berdoalah selalu baginya, sehingga kamu mengetahui (dengan yakin) bahawa kamu telah membalasnya dengan sempurna." 
-Riwayat Imam Ahmad.

Begitu juga dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Tabrani ada menyatakan bahwa baginda bersabda yg bermaksud,

        "Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya, sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur."

Mesej daripada hadis ini jelas. Rasulullah saw mendidik umatnya supaya sentiasa mengenang budi dan berdoa bagi orang yang berbuat baik. Kebaikan itu luas,samada yang berupa tunjuk ajar, nasihat pengajaran, wang ringgit, dan harta benda yang diberikan sebagai pemberian, pinjaman atau bantuan. Begitu juga tenaga atau sokongan dengan pengaruh atau usaha ikhtiar, semua itu adalah sumbangan dan budi.


~sumber daripada majalah Nur.