5 Langkah Kaunseling Cara ISLAM



Langkah-langkahNya :-


1 - Pengenalan dan Bina Hubungan 





Kenal dulu prospek yang ingin kita kaunselingkan ( sebelum jumpa pastikan anda tau latar belakang dia )
Mulakan dengan beri salam dan bacaal Al-Fatihah ( kerana ayat Suci al-Quran dapat melembutkan hati dan menghindarkan diri dari gangguan syaitan )
Kaunselor perlu peka sama ada Prospek selesa atau tidak ( jika tidak jangan teruskan sesi Kaunseling )
Kaunselor perlu tenang dengan apa jua keadaan

2 - Meneroka Diri dan Masalah

kenal pasti dulu jenis masalah prospek
uji prospek dengan beberapa soalan ( Awas Prospek akan anggap dirinya saja yang betul )
lihat nada prospek semasa menjawab soalan.




3 - Mengenal Pasti Punca dan Jenis Masalah

Kenal pasti dulu Punca Masalah ( dalam langkah ini kaunselor sebagai doktor yang sedang mencari punca penyakit )
jika kaunselor tidak gunakan langkah 1 dan 2 dengan betul Ego prospek akan tercabar dan mula tersinggung
tanyakan beberapa soalan buat prospek buka cerita punca masalahnya

4 - Memberi ubat yang sesuai dengan Penyakit

beri motivasi dengan cara yang betul bagi masalah prospek, supaya prospek dapat perbaiki diri
sebagai kaunselor jangan pusing cerita lain atau ke peringkat awal semula
di sini peringkat sangat penting kaunselor perlu pujuk prospek dengan kata-kata indah supaya apa yang di benci bertukar menjadi kasih sayang

5 - Penilaian

Buat Penilaian Dari segi Air Muka atau Reaksi prospek
ajukan soalan terakhir bagaimana dengan keyakinannya sekarang?