Hukum Membesarkan Payudara/ Buah Dada

Hukum Membesarkan Payudara/ Buah Dada




Hukum mengubah kerjadian asal manusia adalah haram kecuali dengan sebab – sebab yang dibenarkan oleh syarak. Membesarkan payudara dengan menggunakan kaedah semula jadi seperti urutan atau produk ubat –ubatan yang disahkan suci dan halal adalah harus jika seseorang perempuan itu benar–benar perlu berbuat demikian .Keperluan di sini seperti seorang perempuan yang tidak mempunyai payu dara sebagaimana perempuan lain atau bagi memenangi hati suami.Zaman dahulu ada juga petua – petua bagi tujuan tersebut .
Tetapi jika pembesaran itu dibuat supaya kelihatan seksi dan ditayangkan kepada bukan mahram dengan memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan maka ia adalah haram daripada awal niat membesarkan payu dara tersebut .Hari ini kebanyakkan tujuan pembesaran payu dara , untuk tujuan kecantikan semata – mata dan untuk menjaga gaya dan keterampilan .

Di Bawah ini adalah penerangan dari Ustaz Azhar Idrus: -
                                 





5 Langkah Kaunseling Cara ISLAM



Langkah-langkahNya :-


1 - Pengenalan dan Bina Hubungan 





Kenal dulu prospek yang ingin kita kaunselingkan ( sebelum jumpa pastikan anda tau latar belakang dia )
Mulakan dengan beri salam dan bacaal Al-Fatihah ( kerana ayat Suci al-Quran dapat melembutkan hati dan menghindarkan diri dari gangguan syaitan )
Kaunselor perlu peka sama ada Prospek selesa atau tidak ( jika tidak jangan teruskan sesi Kaunseling )
Kaunselor perlu tenang dengan apa jua keadaan

2 - Meneroka Diri dan Masalah

kenal pasti dulu jenis masalah prospek
uji prospek dengan beberapa soalan ( Awas Prospek akan anggap dirinya saja yang betul )
lihat nada prospek semasa menjawab soalan.




3 - Mengenal Pasti Punca dan Jenis Masalah

Kenal pasti dulu Punca Masalah ( dalam langkah ini kaunselor sebagai doktor yang sedang mencari punca penyakit )
jika kaunselor tidak gunakan langkah 1 dan 2 dengan betul Ego prospek akan tercabar dan mula tersinggung
tanyakan beberapa soalan buat prospek buka cerita punca masalahnya

4 - Memberi ubat yang sesuai dengan Penyakit

beri motivasi dengan cara yang betul bagi masalah prospek, supaya prospek dapat perbaiki diri
sebagai kaunselor jangan pusing cerita lain atau ke peringkat awal semula
di sini peringkat sangat penting kaunselor perlu pujuk prospek dengan kata-kata indah supaya apa yang di benci bertukar menjadi kasih sayang

5 - Penilaian

Buat Penilaian Dari segi Air Muka atau Reaksi prospek
ajukan soalan terakhir bagaimana dengan keyakinannya sekarang?