Kwang Soo tersalah cakap





UMUM sedia maklum dengan karakter Lee Kwang Soo dalam rancangan variati, Running Man yang sentiasa menimbulkan masalah dan menjadi pembelot bagi memastikan dia menjadi pemenang.

Kali ini, dalam episod terbaru yang mengangkat tema perlawanan masakan, Kwang Soo sekali lagi mahu menunjukkan dia antara peserta terbaik di hadapan tetamu undangan seperti, Raymond Kim, Shim Young Soon, Louis Kang dan penulis laman web Unlicenced Cooking, Jung Da Jung.

Dek kerana terlalu mahu menjadi yang terbaik, Kwang Soo telah memanggil Da Jung dengan gelaran kakak, sehingga mengejutkan Da Jung. Ini kerana gadis itu muda enam tahun daripadanya.

Setelah mengetahui dirinya silap, Kwang Soo bertanya kepada Da Jung bagaimanakah lelaki yang digemarinya dan dengan cepat Da Jung menjawab: "Yang pasti lelaki itu bukan seperti Kwang Soo."

Dan seterusnya disambut deraian ketawa oleh peserta Running Man dan tetamu yang lain.

Tidak berdendam dengan Kwang Soo, Da Jung kemudiannya memuat naik gambarnya bersama Kwang Soo di laman sosial Twitter dengan tajuk gambar, "Bersama abang Kwang Soo yang memanggil saya kakak."