Berteduh di Bawah Tangga Masjid Bersama 5 orang anak


[KASIH MUSTADH'AFIN CHARITY FUND]
Sebentar tadi saya bersama SUA Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, Sdr Mohd Eikhwan Ali dan Bendahari, Sdr Ahmad Bahar (Abu Muiz Abms) berkesempatan mengunjungi sebuah keluarga yang ditimpa kesusahan setelah dihalau dari tempat tinggal akibat tidak mampu untuk membayar sewa yang mahal.

Apa yang amat menyedihkan, Sdr Hamadi yang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan sekolah terpaksa meminta jasa baik pihak Masjid Amru Al Asr, Sentul untuk berteduh di bawah tangga masjid tersebut selepas tidak mempunyai tempat tinggal.

Bersama-sama Sdr Hamadi, isteri dan 5 orang anak yang masih bersekolah. Dengan pendapatan yang sangat rendah dan isteri yang tidak bekerja, Sdr Hamadi sangat memerlukan bantuan.

Sedih melihat keadaan beliau. Saya sempat bertanya abang Hamadi tentang pembelajaran anak-anak di sekolah, beliau hanya diam dan tersenyum sahaja. Paling menyedihkan apabila beliau bersama-sama isteri terpaksa keluar sebelum Subuh lagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah di Setapak.

Apabila ditanya, naik bas ke kak? Jawapan beliau mengejutkan kami, mereka akan naik bas jika ada duit. Tetapi mereka tidak berduit, maka BERJALAN KAKI pilihan mereka. Bayangkan, berjalan kaki dari Sentul ke Setapak!

Dengan semangat KASIH SAYANG serta RAHMAT ALLAH, kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu melancarkan 'KASIH MUSTADH'AFIN CHARITY FUND'.

Saudara Hamadi sangat memerlukan;
1. Sebuah rumah
2. Kenderaan
3. Duit perbelanjaan

Sebarang sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan:
Akaun Bank Islam
14069010012488

Untuk maklumat lanjut boleh SMS / Whatsapp /
Hubungi Sdr Hafizuddin di talian 014-5221840 atau mana-mana Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu.

Muhammad Hafizuddin MN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

SEBARKAN
Sumber dari FB