Menantu Vs Mertua

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warga pembaca sume..
heheehe...ade lagi entry untuk hari ini...uitttt ni da msuk entry ke berapa yer??hummm..ade byk idea pulak hari ni..hehehe..

" pernikahan mengikat dua hati menjadi satu..iringi hati yang satu itu ke jalan taqwa agar pengakhirannya adalah sebuah destinasi bahagia...."
 kita semua suatu saat nanti pasti akan menjadi seorang menantu dan kemudiannya status tersebut akan bertukar sebagai seorang mertua sejurus sahaja anak kita meningkat dewasa dan berumahtangga. sebaik sahaja lafaz sakinah bermula, secara tak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua. Taraf dan penghormatan kita terhadap mereka sama seperti ibu bapa kita sendiri. di mana terselit tanggungjawab yang perlu kita laksanakan kepada mereka.
         


“Jika kamu menikah kelak, kamu tidak hanya menikah dengan suamimu, tapi juga dengan  ibu,bapa,dan keluarganya, .” 

 ungkapan di atas banyak memberi erti yang perkahwinan turut menghubungkan silaturahim sesama umat.. namun, hari ini, ramai yang beranggapan songsang terhadap mertua sendiri. Salah anggap itulah yang menjadi duri yang berbisa yang membangkitkan rasa kurang hormat terhadap keluarga pasangan terutamanya mertua sedangkan mereka wajar di hormati sepertimana kita menghormati ibu bapa sendiri. Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku,walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul,bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua,mereka mesti menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.


            Islam mengangkat martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh dipandang remeh oleh si menantu. Mengabaikan mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertuanya. sebarang pengabaian sudah tentu akan menjadi menimbulkan rasa kurang selesa terhadap pasangan disebabkan ibu bapa mereka sendiri di abaikan.
"jika kita mampu mencintai si anak mengapa kita tak mampu mencintai ibu dan bapanya..jika kita mampu menerima anaknya..mangapa kita tak mampu menerima ibu dan bapanya"
persoalannya, adakah kita benar2 mencintai pasangan kita sedangkan kita tidak mencintai keluarganya?? tepuk dada tanya iman masing2..hehehe..

okla..banyak pula celoteh dalam entry kali ini..huhu..semoga mendapat manfaat yer.. yg baik dr Allah yang kurang baik itu dtg dr kelemahan diri ini..sampai jupe lagi dalam entry akan datang...
wassalam..