Tak sangka ALLAH balas cepat


KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.
Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. 

Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.
"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.


Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.



“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,



“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”



Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.



Dermakan segumpal wang



Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.





Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.
Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.


Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.


Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.




Upah naik beca



Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.



“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”


Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.


“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.



"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.


Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.



“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.



Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.




Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.



Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

Sumber : Sinar Harian

Bicara Si Kecil..

Tags
ku tersedar dalam dakapan bondaku diri ini bagaikan dalam mimpi... Ya Allah inikah alam yang kau tetapkan untukku redahi???inikah pentas lokasi penggambaranku...????jika ku tau, tidakku beria2 menjadi pelakon di persinggahan ini...terasa hari ini jua ku ign meninggalkan pentas lakonan ini..
hari ini episod pertamaku baru bermula..pandanganku tertumpu pada wanita yang tanpa segan silu memakai pakaian yang menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya...sedangkan banyak pandangan menyaksikan mereka...tidak segankah mereka bila lelaki2 liar mengimbas susuk tubuh mereka satu persatu???akalku berfikir..hatiku berbicara...tidak cukup kainkah mereka??tidak ada duitkah mereka???kesian..lagak mereka seakan diriku..namun ku bersyukur kerana ibuku tidak jadikan diriku seperti mereka...bertapa temasyanya lelaki yg tidak bertakwa..bertapa ruginya dirimu wanita...hilang serimu disentap pandangan ajnabi..mana perginya sifat malu yg Allah simpan dlm diri seorang wanita??...rambutmu kau dibiarkn beralun ditiup angin dosa..banggakah kau dengan fesyen yang akn menjulangmu ke neraka ALLAH..terlalu banggakah dirimu????...x takutkah kamu semua tatkala rambut yang kau belai itu bertukar rupe menjelma menjadi ular yang berbisa???
hati ini sayu pabila dikau dengan megahnya berkata dirimu adalah ISLAM...mengapa kau mengaku sedemikian rupa????maafkan daku..sekadar menyeka..ekoran ku terkesima...sedarkah dikau..ayat2 yang terlafaz dari bibirmu itu menyebabkan hilangnya maruah islam yg dahulunya dijulang tinggi...sedarkah dikau ayat2 yg kau alunkan itu akn membawa kebinasaan pada imej Islam????ingatkah dikau pada rasulullah saw dan para sahabat yang bermatian mendaulatkan maruah islam..
teganya dikau meludah tiap keringat mereka yg syahid kerana memartabatkan Islam...
hati kecilku menangis...hujan gerimis bergenang teringatkan detik kesusahan yg dilalui nabi saw yg bermatian berjuang demi menjulang nama Islam....pahlawan2 islam banyak syahid di medan perang...mengapakah semua itu????pernahkah kau fikirkan????
Ya ALLAH..adakah ku berada di sebuah negara islam???????ati kecilku bertanya..meronta inginkan jawapan...namun,semua itu x mungkin ku temui jawapannya...dalam hanya seketika cuma...
ku pandang di sekitar ku...ianya bagaikan suatu perkampungan yg asing..terlalu asing bagi diri ini..terlalu ganjil diri ini...
hatiku berbicara lagi...rancak memerhati..kiri dan kanan...pandanganku sukar sekali mencari wanita persis srikandi syurga...dalam ratusan insan yang mundar mandir itu..akhirnya ku temui 2 kelibat wanita yang menjadi cahaya kegelapan..indahnya mereka dengan wajah jernih berniqab..kehadiran mereka bagaikan penyeri bumi yang gersang...
namun,hadirnya mereka tidak dinilai di pentas sekarang...mata2 liar menoleh mereka dengan bibir yang panjang mencebik....seolah meremehkan kewujudan mereka...adakah diri mereka terlalu jumud dgn tudung yang melepasi dada itu????adakah kaki mereka terlalu hodoh sehingga perlu ditutupi dengan stoking tebal...adakah mereka kurang bijak kerana memakai pakaian mereka yang tebal itu dalam cuaca global yang bersuhu tinggi ini..??mengapa mereka seolah dipulaukan....mengapa????fesyen mereka jauh tertinggalkah?????...
inginku ketahui jawapannya dari ibu....ibuku cakap...antara yang tertutup dan terbuka yang mana lebih selamat????...huhuhu...kini ku tahu jawapannya...inginku menjadi seperti mereka bila dewasa nanti...moga ALLAH kabulkan..amin....
duhai wanita yang bergelar islam...insaflah...sedarla...mohonla keampunan ALLAH...
hadirku bersih umpama kain putih..namun,diriku kian tercalar dengan warna-warna persekitaran..bertapa ruginya daku turun ke dunia morgana ini yg penuh debu dosa...ku redha..pasrah dalam tangisan hati.. 



Ya ALLAH..jgnlah sesekali KAU tkdirkan daku tergolong dalam mereka yang ENGKAU murkai Ya ALLAH..ku takut...terlalu takut..jgn KAU pesongkn hatiku setelah KAU beri rahmat dan petunjuk padaku...

Oh Ramadhan, Kau semakin berlalu pergi meninggalkan kami....



"Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " (Surah Al Qadr; 1-5)

dalam kita sibuk menjalani ibadah puasa, sedar tak sedar Ramadhan yang mulia kian berlalu meninggalkan kita. Ya, sudah genap usianya untuk Ramadhan pergi. Beransurnya Ramadhan membawa bersama segala kerahmatan dan keberkatan..memberi erti kebebasan buat tentera iblis dan sekutunya.  Kebebasan untuk mereka menenggelamkan iman yang kian tertanam di jiwa anak adam selama sebulan..mampukah kita pertahankan keimanan yang berusia sebulan itu kerana ubunnya masih lembut manakala nafsu pula sedang bersiap sedia meraikan sahabatnya si syaitan. 

Air mata menitis laju tatkala terkenangkan adakah Ramadhan ini kali terakhir buat aku atau jika dipanjangkan umur untuk Ramadhan akan datang, adakah aku masih seperti sekarang?
Tiada penambahan iman, hanya sekadar melalukan rutin-rutin yang sudah biasa dilakukan pada Ramadhan yang lepas?
Apakah ibadah puasa yang telah dilakukan selama ini telah diterima oleh Allah? 
Apakah layak diberi ganjaran pahala oleh Allah? Atau sekadar lapar dan dahaga?
Apakah semakin bersemangat beramal ibadah atau semakin lalai dan meringankan ibadah?

Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, diri semakin banyak membaca al-Quran, bersedekah, berzikir dan beristighfar?

Ataupun menghabiskan masa dengan membeli-belah, membuat persiapan hari raya yang berlebihan, meninggalkan sembahyang terawih, kurang membaca al-Quran dan berbual-bual kosong sehingga melupakan kelebihan di akhir Ramadhan?

Bagaimana pula Ramadhan ini mampu membentuk diri setelah ditinggalkannya nanti?
Inilah persoalan-persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri untuk sama-sama memuhasabah Ramadhan.


MALAS BERIBADAH, SEMANGAT BERSHOPPING

"Wan, jom kita gi solat terawih malam ni"
"Aku penatlah. Nak tido jap, siang tadi aku banyak berjalan, shopping baju raya"
"La...kan Ramadhan nak abes dah. Nanti dah tak leh solat terawih lagi"
"Takpelah..Bukannya wajib. Sunat pun. Aku dah mengantuk ni. Kau pergi je lah"

Di kala ini, kita sudah menghadapi fasa terakhir Ramadhan. Diibaratkan dalam pusingan akhir perlawanan bola sepak, pasukan iman masih bertungkus lumus berlawan dengan pasukan nafsu. Siapakah bakal pemenang?
Bagaimana pula puasa kita pada hari ini? Pada hari-hari yang lepas?
Adakah keimanan kita semakin bertambah atau semakin lemah dalam menjalani ibadah puasa tetapi bersemangat shopping raya?

Sebenarnya kita masih berlawan dengan nafsu kita sendiri walaupun di bulan ramadhan syaitan bercuti.
Hakikatnya, kita punya penyakit yang sangat bahaya iaitu malas, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini mentaliti masyarakat Melayu menganggap bulan puasa sangat meletihkan dan kita tidak mampu nak buat apa pun kerja.

Bagi mereka yang beriman, bulan Ramadhan adalah satu tembok yang tinggi untuk didaki.
Kenapa?

Kerana hanya hamba yang terpilih sahaja berjaya merentasinya.Mereka sedar bahawa bulan yang penuh barakah ini hanya datang sekali dalam setahun, dibiarkannya dengan keletihan dan kemalasan maka rugilah kita.


TAQWA : JANGAN BIARKAN RAMADHAN BERLALU PERGI

"Ada gembira di hati menyambut Aidilfitri dan melihat Ramadhan pergi, itukah tanda hati suci?" soal hati kecil.

Menyentuh soal taqwa, pelbagai cara kita boleh menghampiri ketaqwaan walaupun godaan dunia semakin hebat. Apabila Ramadhan hadir membuatkan diri terasa amat kerdil dan menyayangi Allah dengan sepenuh jiwa raga. Rasa kehambaan terpancar dari buah-buah ketaqwaan.

Tetapi Ramadhan tak akan tunggu tapi akan meninggalkan kita. Namun, andai taqwa masih bertakhta di hati, biarpun Ramadhan berlalu dan Syawal menjelma rasa cinta dan kasih kita kepada Allah tetap bercambah.


HAMBA ALLAH vS HAMBA RAMADHAN

"jadilah seorang HAMBA TUHAN bukannya HAMBA RAMADHAN" maksudnya jadilah kita hamba kepada Allah, bukan hamba kepada bulan Ramadhan. 
Tidak sepatutnya kita kuat beribadah hanya di dalam bulan Ramadhan sahaja namun seharusnya hendaklah sentiasa istiqamah.
Abdul Aziz bin Abi Daud berkata tentang para salafus soleh: “Aku mendapati mereka bersungguh-sungguh dalam beramal soleh. Ketika mereka telah melakukannya, mereka pun ditimpa kekhuatiran, apakah amalan mereka diterima atau tidak?”
Kita tidak boleh merasa cukup dengan amalan ibadah yang telah kita lakukan. Ingatlah bahawa di hari hisab kelak semua orang tak terkecuali akan merasa rugi dan menyesal, termasuklah orang-orang soleh. Mereka berangan-angan seandainya mereka dikembalikan ke dunia untuk beramal lebih banyak lagi dengan seikhlas-ikhlasnya.


LAILATUL QADAR : BERSEMANGATLAH DIRI!

Tidakkah kita terasa cemburu jika pada malam lailatul qadar, malaikat yang jumlahnya lebih banyak dari jumlah pepasir di muka bumi memberikan salam dan ucapan selamat kepada orang yang bersujud, bertadarrus, sedangkan pada saat itu kita enak dibuai mimpi indah selepas kenyang berbuka puasa dan moreh?

Atau mungkin masih membeli belah di tengah keramaian di mana kebanyakan manusia lalai dari mengingati Allah SWT,
larut dalam urusan dunia mengemas rumah,
atau bahkan melakukan maksiat?

Jadi sebagai seorang muslim yang komited dan sensitif dengan bulan Ramadhan, hendaklah kita meletakkan objektif khusus apa yang kita hendak capai pada diri kita apabila tamat Ramadhan kali ini.

Semoga dalam Ramadhan tahun ini kita termasuk orang-orang beruntung yang mendapat malam lailatul qadar dalam keadaan melakukan amal ibadah bersungguh-sungguh kerana Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada melakukan perkara-perkara makruh, lagha (tidak berfaedah) dan maksiat. Na’udzubillahiminzalik

Beringatlah dengan teguran pedas dari Malaikat Jibrail dalam doanya.

“Aku telah didatangi oleh Jibril dan berkata kepadaku: Wahai Muhammad!, barangsiapa yang telah mendapatkan Ramadhan namun dia tidak diampuni maka Allah menjauhkan dirinya dari rahmatNya, maka aku menjawab: Aamiin…” (HR Ibnu Hibban)
Jangan sampai kita termasuk golongan yang telah penat lelah berpuasa di bulan Ramadhan namun dosa-dosa mereka tidak diampuni. Itu adalah alamat kecelakaan sebagaimana doa Jibril yang telah diaminkan oleh Rasulullah SAW.

Selagi Ramadhan masih ada, selagi itu peluang mencari malam lailatul qadar masih ada
Selagi Ramadhan masih ada, selagi itu peluang menjadi "bayi baru lahir" selepas Ramadhan masih ada
Selagi Ramadhan masih ada, selagi itu peluang menjadi graduan Universiti Tarbiyyah Ramadhan masih ada

Ya, mudah-mudahan kita menjadi graduan yang lulus cemerlang dari Universiti Tarbiyyah Ramadhan ini agar dapat menjadi bekalan kita menghadapi 11 bulan yang mendatang sebelum bertemu Ramadhan yang akan datang sekiranya dipanjangkan usia kita lagi oleh Allah SWT.

Ini kerana tidak lain dan tidak bukan....kita masih tidak pasti sama ada kita berpeluang atau tidak menyambut Ramadhan pada tahun hadapan. 

Menantu Vs Mertua

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warga pembaca sume..
heheehe...ade lagi entry untuk hari ini...uitttt ni da msuk entry ke berapa yer??hummm..ade byk idea pulak hari ni..hehehe..

" pernikahan mengikat dua hati menjadi satu..iringi hati yang satu itu ke jalan taqwa agar pengakhirannya adalah sebuah destinasi bahagia...."
 kita semua suatu saat nanti pasti akan menjadi seorang menantu dan kemudiannya status tersebut akan bertukar sebagai seorang mertua sejurus sahaja anak kita meningkat dewasa dan berumahtangga. sebaik sahaja lafaz sakinah bermula, secara tak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua. Taraf dan penghormatan kita terhadap mereka sama seperti ibu bapa kita sendiri. di mana terselit tanggungjawab yang perlu kita laksanakan kepada mereka.
         


“Jika kamu menikah kelak, kamu tidak hanya menikah dengan suamimu, tapi juga dengan  ibu,bapa,dan keluarganya, .” 

 ungkapan di atas banyak memberi erti yang perkahwinan turut menghubungkan silaturahim sesama umat.. namun, hari ini, ramai yang beranggapan songsang terhadap mertua sendiri. Salah anggap itulah yang menjadi duri yang berbisa yang membangkitkan rasa kurang hormat terhadap keluarga pasangan terutamanya mertua sedangkan mereka wajar di hormati sepertimana kita menghormati ibu bapa sendiri. Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku,walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul,bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua,mereka mesti menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.


            Islam mengangkat martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh dipandang remeh oleh si menantu. Mengabaikan mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertuanya. sebarang pengabaian sudah tentu akan menjadi menimbulkan rasa kurang selesa terhadap pasangan disebabkan ibu bapa mereka sendiri di abaikan.
"jika kita mampu mencintai si anak mengapa kita tak mampu mencintai ibu dan bapanya..jika kita mampu menerima anaknya..mangapa kita tak mampu menerima ibu dan bapanya"
persoalannya, adakah kita benar2 mencintai pasangan kita sedangkan kita tidak mencintai keluarganya?? tepuk dada tanya iman masing2..hehehe..

okla..banyak pula celoteh dalam entry kali ini..huhu..semoga mendapat manfaat yer.. yg baik dr Allah yang kurang baik itu dtg dr kelemahan diri ini..sampai jupe lagi dalam entry akan datang...
wassalam..




Tahukah anda apa itu SEPPUKU ATAU HARAKIRI?

     

SEPPUKU ATAU HARAKIRI BURAIKAN PERUT UNTUK MATI TERHORMAT

     Seppuku atau juga Harakiri, salah satu tradisi yang menjadi kebanggan masyarakat Jepun, yang berasal dari kata hara yang bererti perut dan kiru yang bererti memotong. Harakiri juga dikenali dengan istilah seppuku. Kebiasaannya harakiri ini dilakukan oleh prajurit berkelas tinggi dari kalangan samurai sebagai bukti kesetiaan. Bunuh diri yang dilakukan para Samurai ini sangat menyiksakan, kerana si pelaku harus menunggu kematian kerana kehabisan darah setelah merobek dan mengeluarkan isi perutnya.

     Ada ritual khusus yang harus dilakukan oleh Samurai jika ingin melakukan harakiri. Ia harus mandi, menggunakan jubah putih, dan makan makanan kegemaran. Pelaku harakiri ditemani seorang pelayan (kaishakunin), yang ia pilih sendiri. Kaishakunin ini bertugas membuka kimononya dan mengambilkan pisau yang akan digunakan. Jika pelaku harakiri menjerit atau menangis kesakitan ketika ia menusuk dan mengeluarkan isi perutnya, hal tersebut dianggap sangat memalukan bagi seorang Samurai. Kerana itu Kaishaku bertugas mengurangi penderitaan itu, mempercepat kematian dengan memenggal kepala si pelaku.

Download Lagu-Lagu Raya-Mode Raya

Assalam...

     Anda ingin Download Lagu Raya atau Muat Turun Lagu Raya?. Di post blog ini saya akan sediakan link Album Lagu Raya yang berada dalam koleksi saya dan sudah di muat naik dan sedia untuk dimuat turun oleh anda...Rayo weh rayoo, xlama dh.leh dengar time drive bg hangat kan lg hari raya anda....


     Antara rangkaian Album Raya yang terkandung dalam post Download atau Muat Turun Lagu Raya adalah seperti dibawah.....Setelah berjaya download extract mnggunakan WinZip@WinRar jika perlukan password.Password nye adalah => laguraya




1. LEMBARAN SYAWAL ARTIS HIJJAZ


  

Antara lagu yang terkandung:-

01. Hijjaz - Nasihat Ramadhan (4:45)
02. Ina Naim - Puisi 1 (1:35)
03. Unic - Salam Pertemuan (4:28)
04. Ae-Man - Lafaz Niat Puasa (0:29)
05. Ae-Man - Ramadhan Bulan Puasa (3:54)
06. Hijjaz - Suara Takbir (3:10)
07. Artis Hijjaz - Minal Aidin Wal Faizin (4:16)
08. Ina Naim - Puisi 2 (2:23)
09. Ina Naim - Tak Punya Siapa (4:36)
10. Ae-Man - Selamat Hari Raya (3:50)
11. Mestica - Semerbak Aidilfitri (3:57)
12. Artis Hijjaz - Joget Lebaran (4:05)
13. Artis Hijjaz - Takbir Raya (3:28)

Link-> Here


###############################################


2.NUR SYAWAL ARTIS HIJJAZ


Antara lagu yang terkandung:-
01. Ayat Al - Quran (2:40)
02. Hijjaz - Rahmat Ramadhan (3:44)
03. In Team & Unic - Kemuliaan Ramadhan (4:12)
04. Hijjaz - Sinar Ramadhan (3:49)
05. Unic - Muhasabah Ramadhan (4:37)
06. Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat (3:00)
07. Unic & Mestica - Hikmah Bulan Mulia (4:17)
08. Takbir Hari Raya (2:23)
09. In Team & Unic - Di Suatu Hari Raya (4:44)
10. In Team - Kemaafan Di Aidilfitri (4:30)
11. Hijjaz - Salam Kemaafan (3:56)
12. Hijjaz - Sekuntum Kemboja Yang Gugur (4:40)
13. In Team & Unic - Zapin Hari Raya (5:40)
14. Hijjaz, In Team, Unic, Mestica - Senandung Aidilfitri (4:37)

Link-> Here


######################################################


4.ANUGERAH AIDILFITRI SITI NURHALIZA

 

Antara lagu yang terkandung:-
01. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri (3:52)
02. Siti Nurhaliza - Mekar Hari Raya (4:20)
03. Siti Nurhaliza - Meriah Suasana Hari Raya (4:49)
04. Siti Nurhaliza - Bila Hari Raya Menjelma (4:43)
05. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (3:59)
06. Siti Nurhaliza - Suara Takbir (2:42)
07. Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran (5:39)
08. Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal (5:03)
09. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri (Instrumental) (3:52)
10. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (Instrumental) (3:59)

Link-> Here


###########################################################


5.KOMPILASI LAGU RAYA 1

 

Antara lagu yang terkandung:-
01. 4U2C - Bergema Takbir (4:29)
02. A Ramlie - Musafir Di aidil Fitri (3:21)
03. Aishah - Pulanglah (4:30)
04. Aishah - Pulanglah Perantau (3:35)
05. Aishah - Senandung Lebaran (4:11)
06. Al Jawaher - Kembara Di Tanah Gersang (4:17)
07. Al Jawaher - Selamat Hari Raya (3:29)
08. Al Mizan - Selamat Berhari Raya (3:55)
09. Alleycats & Dayang Ku Intan - Selamat Hari Raya (4:38)
10. Amy Mastura - Bersama Di Hari Raya (4:39)
11. Amy Mastura - Setahun Sekali (4:07)
12. Anuar Zain & Elina - Suasana Di hari Raya (3:15)
13. Artis SRC - Aidilfitri Di Alaf Baru (4:19)
14. Asha Malik - Pulang Di Hari Raya (2:56)
15. Awie - Raya Yang Sempurna (5:33)
16. Awie & Ziana Zain - Halaman Asmara (5:00)
17. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa (4:32)
18. Dato' Shake - Musafir Di Aidilfitri (4:02)
19. Eddy Nor Ali - Manusia Miskin Kaya (2:39)
20. Fazley - Seribu Kemaafan (3:40)
21. Feminin - Kurniaan Di Hari Raya (3:20)
22. Herman Tino & Zaleha Hamid - Joget Hari Raya (3:30)
23. Hujan & Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda (3:43)
24. Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri (4:08)
25. Jay Jay - Hari Raya Bahagia (3:22)
26. Khatijah Ibrahim - Kad Ucapan Hari Raya (3:41)
27. Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru (4:17)
28. Krisya - satu Hari Di Hari Raya (3:46)

Link-> Here


##########################################################


6.KOMPILASI LAGU RAYA 2

 

Antara lagu yang terkandung:-
29. Lefthanded - Keinsafan Di Hari Raya (4:05)
30. Liza Hanim - Ku Pohon Doa Di Hari Raya (4:06)
31. M Nasir - Salam Dunia (4:10)
32. M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya (3:30)
33. M. Shariff - Musafir Di Aidilfitri (5:59)
34. Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda (2:47)
35. Nurul - Rindu Syahdu Di Hari Raya (4:46)
36. Rahimah Rahim - Selamat Hari Raya (3:31)
37. Raihan & Manbai - Harapan Ramadhan (4:06)
38. Raihan & NowSeeHeart - Gema Takbir (5:50)
39. Raihan & NowSeeHeart - Hari Raya Untuk Semua (3:05)
40. NowSeeHeart - NowSeeHeart (4:27)
41. Raihan & NowSeeHeart - Satu Pagi Di Hari Raya (4:10)
42. Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai - Lebaran Ini (4:23)
43. Ramli Sarip - Ramadhan (3:40)
44. Senario - Puasa & Raya (3:51)
45. Senario - Seminggu Berhari Raya (2:57)
46. Sharifah Aini - Hari Yang Mulia (3:22)
47. Sharifah Aini - Minal Aidil Wal Faizin (4:39)
48. Sharifah Aini - Nostalgia di Aidilfitri (6:18)
49. Siti Nurhaliza, Noraniza Idris & New Boys - Nikmat Hari Raya (3:53)
50. Sudirman - Balik Kampung (3:32)
51. Sudirman - Selamat Hari Raya (3:04)
52. Sweet Charity - Seri Hari Raya (3:26)
53. Tan Sri P.Ramlee - Suara Takbir (2:42)
54. Wings - Keroncong Hari Raya (4:26)
55. Zamani - Suasana Hari Raya (5:01)
56. Zamani - Takbir Memecah Hening (4:18)
57. Ziana Zain - Indah Di Hari Raya (3:15)

Link-> Here


#####################################################


7.SALAM LEBARAN AF1

 

Antara lagu yang terkandung:-
01. Artis AF1 - Di Pagi Raya (3:21)
02. Vince - Satu Hari Di Hari Raya (3:09)
03. Azizi - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (4:57)
04. Rosma - Aidilfitri (4:19)
05. Khai - Selamat Hari Raya (3:04)
06. Liza & Nana - Selamat Hari Raya (3:04)
07. Sahri - Dendang Perantau (4:15)
08. Adi & Burn - Cahaya Aidilfitri (3:41)
09. Azza & Atie - Suasana Hari Raya (2:25)
10. Azizi & Liza - Seloka Hari Raya (3:13)
11. Nana,Azza,Atie,Liza,Rosma & Nija - Selamat Hari Raya (2:47)

Link-> Here


##################################################


8.SALAM RAYA AF3



Antara lagu yang terkandung:-

01. Artis Lelaki AF3 - Takbir Raya Artis Lelaki AF3 (1:05)
02. Mawi - Ku Pohon Restu Ayah Bonda (4:12)
03. Amylea - Pulang Di Hari Raya (3:20)
04. Kefli - Kepulangan Yang Di Nanti (4:39)
05. Akma & Felix - Hari Raya Hari Bahagia (2:45)
06. Artis Wanita AF3 - Anugerah Tuhan (Lagu Baru) (4:36)
07. Aidil - Balik Kampung (3:56)
08. Ekin & Amy - Suasana Riang Di Hari Raya (3:37)
09. Idayu & Marsha - Bersama Di Hari Raya (2:44)
10. Eliza & Fuad - Suasana Di Hari Raya (3:56)
11. Yazer - Menjelang Hari Raya (3:08)
12. Reza - Selamat Hari Raya (3:02)
13. Artis Lelaki AF3 - Lagukan Irama Raya (Lagu Baru) (3:51)
14. Semua Artis AF3 - Syawal Telah Menjelma (Lagu Baru) (4:05)

Link-> Here


########################################################


9.SALAM AIDILFITRI AF5


Antara lagu yang terkandung:-

01. Kaum Kerabat AF5 - Cahaya Raya Di Jiwa Kita (5:43)
02. Mila - Pulanglah (4:34)
03. Aizat & Candy - Lenggang Mak Limah (2:58)
04. Kaum Kerabat AF5 - Inang Di Aidilfitri (3:33)
05. Ebi - Suara Takbir (3:03)
06. Artis Wanita AF5 - Hakikat Raya (5:08)
07. Heliza - Selamat Hari Lebaran (3:48)
08. Shawal & Fatin - Joget Hari Raya (3:31)
09. Artis Lelaki AF5 - Getar Ria Raya (3:53)
10. Aswad - Hari Raya (2:37)
11. Khai, Zahid, Mawi, Faizal & Mila - Wal Hidayah Aidilfitri (3:45)

Link-> Here

#############################################

Sekian Sahaja...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA ;)
BERHATI-HATI MEMANDU, Semoga selamat pulang dan kembali,
Jangan Lupa doa naik Kenderaan ok..


Wassalam..


####



Kerja VS Pengalaman

Bismillahirahmanirrahim...
assalamualaikum sume..

hukhuk..berdasarkan tajuk entry kali ni..kalian sume tau tak apa yang cube saya sampaikan...kalian pernah terlibat tak dalam situasi ni????haaa..mesti ade kan???kan???ape perasaan kalian??? da berapa kali kalian fail interview keje????hukhuk..ade rakan saya mengadu da banyak kali die fail untuk mendapatkan keje..sumenya gara-gara pengalaman tak cukup..(tak disangkal sume tu kehendak Allah..takde rezeki lgi..huhu..)

                 


             Berdasarkan situasi..cuba kita berfikir sejenak..mane lebih penting??keje??atau pengalaman??nak dapatkan keje kena ade pengalaman..tapi kalau tak keje camne nak dapatkan pengalaman..tak gitu???so ape pendapat kalian tentang ni???adess naik pening jugak pikirkan sume ni yer..huhu..



              kalau kalian nak tau...secara logiknya cube kalian bayangkan kalian adalah seorang majikan..bagi si majikan..secara otomatiknya memilih pengalaman sebagai perkara paling penting..nak tau kenapa???sebab bagi mereka melalui pengalaman la akan wujudnya keje yang bermutu dan berkualiti..tingkatkan produktiviti syarikat la katakan...tapiiii..camne pulak bagi penganggur@ pencari keje@ fresh graduate??huhu..bagi mereka tentulah keje lebih penting dari pengalaman..sebab melalui keje la dorang akan dapat pengalaman..betol tak?? rumit betol keadaan ye..huhu..
             


  sooo..nak dapatkan keje mudah tanpa pengalaman???heheehe..jawapan saya senang je..berniagalah.. lagipun tu kan sunnah....
sabda nabi saw... 
" Sembilan per sepuluh daripada sumber rezeki (kekayaan) adalah daripada usaha perniagaan.."
okla..setakat ini sahaja perkongsian saya buat kali ini..moga bertemu lagi pada entry akan datang..syukran kerana sudi membaca..moga mendapat manfaat yer..wassalam...