Tepat...

Tags

Acap kali Dhali melihat jam ditangan, jam digitalnya baru menunjukkan pukul 7:09 malam. sudah 15 minit dia menunggu, namun terasa lama pula masa berlalu. kelihatan seperti juadah berbuka, kuih muih, air soya juga nasi kerabu sudah sedia terhidang dimeja. Televisyen diruang tamu dibiarkan terpasang tanpa orang yang menonton, volume suara sengaja dikuatkan.

"mane pulak si Mail ni, kata nak keluar kejap je?", rungut Dhali.

tiba tiba terdengar bunyi engine motor di perkarangan rumah, ah, mungkin Mail sudah sampai. Dhali segera bangun menuju ke ruang tamu mendapatkan kepastian dengan mengintai melalui tingkap. Ya, betul Mail.

"woi, kata kejap nak keluar, hampeh betul", cemuh Dhali bila Mail sudah dimuka pintu

"ala, lambat lagi nak berbuka pun lagi 15 minit kan?", kata Mail sambil melihat jam di tangan

"takde lah, ready la awal? aku dah lapar ni".

mereka terus ke dapur menanti azan Magrib untuk berbuka. setelah azan berkumandang masing masing makan dengan berselera. lapar mungkin lepas seharian berpuasa. Setelah selesai makan, Mail terus masuk ke bilik menyiapkan diri untuk ke surau.

"jom la Dhali gerak sekali", ajak Mail

"takpe takpe kau gerak dulu. aku nak habis kan nasi dengan kuih ni dulu, kang membazir pulak".

Mail terus keluar tanpa banyak bicara. mengejar masa bimbang lewat ke surau untuk berjemaah. tapi dalam hatinya terdetik juga perasaan kurang senang.


"Nak berbuka je tepat dengan masa, nak solat entah la" rungut Mail sambil mempercepatkan kakinya.