Bolehkah Solat sunat lg selepas solat sunat witir?

Bolehkah Solat sunat lg selepas solat sunat witir?




      Alhmadulillah, diberikn oleh Allah nafas baru untuk pagi ini dan dapat terus menulis @ meng"update" blog yang x seberapa ni. Post kali ni ambe nk share dan mengupas video klip Ustaz Azhar Idrus mengenai pertanyaan tentang persoalan SOLAT SUNAT WITIR. Sempena bulan ramadan ini, tentu ada rakan-rakan di luar sana tertanya-tanya dan kadang-kadang kompius boleh atau tidak solat sunat terawih lagi selepas dah buat solat witir di masjid bersama imam setelah terawih 8 rakaat. Hukum nya adalah boleh..Syarat solat witir ini di kerjakan atau dilaksanakan selepas solat fardhu Isyak orang ganu panggil "solat ise" orang kelantan lak sebut "solat iso" kedua-duanya bermaksud sma ajer iaitu ISYAK hehe... ;)
   
      Disini bermaksud asal lepas solat isyak maka boleh lah di laksanakan solat sunat witir, permasalahan yg di tanya seperti dalam klip video UAI adalah "Bolehkan sambung solat terawih 12 rakaat lagi setelah dah buat bersama imam di masjid 8 rakaat setelah solat sunat witir?". Maka jawapannya adalah boleh dengan syarat selepas solat isyak, ctohnye, selepas solat isyak kite solat hajat/terawih, pastu kite solat witir trus, tetiba malam bgun rase nk solat lg..boleh jer.terawih boleh di sambung lg 12 untuk cukupkan 20, dan solat2 sunat2 lain pon boleh dilaksanakn.Di bawah ini disertakan video klip UAI mengenai permasalahan ini. Sekian saja untuk kupasan kali ini..Selamat beribdat..

Wassalam...