Google Adsense-1

Assalam...........

 
Ari ni ambe nk cite sal Google Adsense secara mudah agar senang di fahami oleh anda semua apakah itu google adsense. Sebelum tu anda semua pernah tak terfikir kenapa lah iklan google ade di mana-mana je lam website dan satu lagi pernah tak anda semua terfikir macam mana la gergasi-gergasi online seperti Facebook, Yahoo dan Google menjana pendapatan mereka? sedangkan mereka tidak la menjual product mcm jual ikan kain kereta dan sebagainya, pernah tak anda berfikir semua tu? saya dh terfikir bnda ni taun 2006 hari tuh lagi, sebab tahun tu ambe duk memikirkn cara nk cari duit tambahan secara online, google punye google maka jumpe la perkataan adsense nih. Pastu mula la starts slow-slow main-main dengan blogspot.com.. ini lah blog ambe yang paling active, ( http://simbiosis-86.blogspot.com/ ) active la daripada blog-blog lain lg haha...lam blog nih ambe ltak la sket2 code-code html bg iklan-iklan google. Waduh jauh tersasar pnjelasan ambe, kesian korang baca tp tidak mnjawap soalan lagi pasal syarikat gergasi yang ambe ckp td.hehe..

Okay, begini la sebenarnye ceritanya, syarikat-syarikat gergasi ini sebenarnya hidup atau running bisnes diorg dengan PENGIKLANAN, dengan pengiklanan lah mereka leh survive sampai jd syarikat ternama di atas muka bumi nih. Anda dah faham ke belum?? ok xper, saya akan jelaskan lagi bagi anda faham. Macam kita la, contohnya kita nk jual sesuatu product  tanpa promosi tentu product kite tidak akan laku dan tidak akan diketahui kewujudanya tanpa sebarang promosi,simpan jer lam umah product kita tuh, so untuk membolehkan product kita ni dikenali kita perlu adakan promosi degan cara mudah kita perlu membuat pengiklanan tentang product yang kita ada agar insan-insan lain tahau yang kita jual product itu dan ini.Ok faham stakat ini kn? seterusnya korang ingat stakat iklan kat kampung korang, orang yang kampung  kt Jepun kt India ke diorang tau ke anda jual barang @product? mana la tau kan tentang product anda sebab diorg duk jepun bkn duk kampung anda, so di situ product kita terhad jadi tidak ramai tahu ape yang anda jual, maka di sini ambe nk cakap kaedah pengiklanan tu adalah penting dan memainkan peranan untuk melariskan jualan anda. Lau kat Malaysia ni sebagai contoh kite leh guna surat khabar untuk mngiklankan product kita. pastu korang ingt free ke nk iklankan kt surat khabar tuh? anda silap, haha... sebenarnya setiap pengiklanan disurat khabar perlu dibayar. ok anda dah faham kan? untuk mengiklan product/service kita perlu bayar. HAAA tu la dia, sma macam Facebook, Yahoo, Google dan banyak lg agensi pengiklanan yang kerja mereka mengiklankan product/service orang, mereka sebenarnya dibayar atau senang cerita mereka diupah untuk mengiklankn product.sekarang ambe nak bawak anda tentang hal google adsense ni dlu, yang facebook, yahoo dan lain-lain tu inshaAllah lain masa plak kita blaja ok.

Sekarang anda dah faham syarikat-syarikat gergasi ini menggunakan iklan sebagai asas service diaorang untuk terus maju dan maju,masyukkkkk org kata. Maka tercipta lah "Google Adsense" nih. Adsense ni sebenarnya dicipta oleh google kepada mereka-mereka yang mempunyai website untuk menambahkan pendapatan sampingan dengan mengiklankan apa yang google suruh, bila kita iklankan ada orang klik iklan google yang kita buh kt website kita, kita akan dibayar. TAHUKAN ANDA? ada mereka mampu menjana beratus-ratus ribu USD dengan hanya mengiklan kan google adsense di website mereka, kerja mereka hanya update website jer untuk dijadikan pendapatan, untuk mndapat ribu-ribu nih website kita perlula di kunjungi ramai orang baru ramai yang klik dan tengok ape yg kita iklankan.Bagaimana pulak google nk dapat byaran??ok gni, Contohnya Sony bayar/upah google untuk iklan kan product dioarg, so google pon arahkan plak anak-anak dia (org yang pasang tapak iklan google adsense) untuk iklan kan Sony punye product td dengan syarat tertentu, contohnye Sony bayar kt google sebanyak RM1juta maka google akan bagi kt mereka-mereka yang pasang tapak iklan adsense di web mereka ni, dengan syarat ade orang bukak iklan yang ade kat website diorg nih, contoh syaratnya 100 kali orang baca/klik iklan pada website maka rm1 akan di bayar pada kita. Maka semakin ramai yg klik maka semakin banyak la kita dapat bayaran/upah dari google, mudah je kan? Begitulah analogi secara mudahnya, bnyak lagi akan saya terangkan pada tajuk-tajuk akan datang inshaAllah.

Natijahnya semakin ramai yang kunjung kita punya website maka semakin banyak la pendapatan kita dapat jana. Begitulah ceritanya hal google adsense ni secara kasarnya. InshaAllah akan datang ambe akan ceritakan secara halus lagi mengenai Google Adsense ni, cara nk join, cara nk buat blog dan sebagainya yang berkaitan dengan adsense ni..InshaAllah. ;)
setakat ini dulu untuk kali ni.. terima kasih kengkawan. Ringan-ringankan lah tangan anda untuk klik ape-ape iklan yang ada di page ni tanda sokongan anda terhadap saya, tak bagi duit klik pon dah kira bgus dah.hehe Terima Kasih.