Allahumma solli ala Muhammad..wa ala alihi wasohbihi wa barik wasallam...

Bismillah..
Assalamualaikum pembaca semua..
Entry kali ini berkait dengan kelebihan berselawat kepeda nabi saw...
kalau semua nk tau.. banyak keistimewaan selawat ni.. daripada bibir tercebik begitu sahaja lebihbaik berselawat..tak gitu..heheehe..



Kelebihan berselawat turut diterangkan dalam kisah jaminan yang diberikan kepada malaikat kepada umat yang rajin berselawat.
                
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Jadi kat sini kita tau yang malaikat-malaikat begitu cinta kpd nabi Muhammad saw..Bagaimana pula kita ??? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.


Dengan perkongsian kisah ini, semoga para pembaca dapat serba sedikit ilham menguruskan masa terluang masing-masing di samping tidak melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.