Gadis penjual susu yang jujur



KHALIFAH Umar al Khatab terkenal sebagai pemimpin yang gemar meronda pada waktu malam. Sebagai pemimpin negara, beliau perlu mengetahui apakah aktiviti rakyatnya pada malam hari. Umar berjalan-jalan di tepi sebuah rumah yang usang, lantas telinganya tertangkap akan perbualan si penjual susu yang miskin dan anak gadisnya.

“Wahai anakku, hari ini kita memperoleh bekalan susu yang sedikit, apa kata jika campurkan ia dengan air supaya kelihatan banyak sebelum matahari terbit,” kata si ibu.

Terkejut gadis itu, lantas dia menjawab, “kita tidak boleh berbuat seperti itu wahai ibuku, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang berbuat demikian,”.

Penjual susu itu berkata lagi, “tidak mengapa anakku, jika di antara kita tidak membocorkan rahsia ini kepada sesiapa tentunya Amirul Mukminin tidak akan tahu,”.

“Benar, biarpun beliau tidak tahu, tetapi tuhan kepada Amirul Mukminin mengetahuinya,” jawab si gadis sunti itu.

Sebaik mendengar jawapan gadis itu, mengalir air mata Umar, terdetik di hati jujurnya anak gadis itu. Sampai di rumahnya, Umar meminta anaknya,
Asim menikahi gadis tersebut. Umar mengatakan, akan lahir daripada keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat, disegani yang bakal memimpin orang-orang Arab dan Ajam.

Asim, seorang anak yang menurut perintah, maka berkahwinlah Asim dan gadis anak si penjual susu yang miskin itu. Hasil pernikahan tersebut mereka beroleh anak perempuan dinamakan Laila  dikenali sebagai Ummu Asim. Kemudiannya Ummu Asim dinikahkan dengan Abdul Aziz bin Marwan. Perkongsian hidup itu lahirlah pembesar negara yang ulung, Umar bin Abdul Aziz.


Cerpen- Kehadiranmu..

Tags

Pagi itu sungguh indah sekali. Terasa damai hati menghirup udara pagi di desa ini. Subhanallah… aku memuji keagungan ciptaan-Mu Ya Rabb. Desa Sri Idaman ini hasil cetusan idea arwah datuk. Datuk bercadang ingin menaik taraf desa ini dan menjadi tempat peranginan bagi pengunjung yang inginkan ketenangan desa. Dan akhirnya tercapai juga hasrat datuk. Sudah dekat 20 tahun aku di sini, di sini aku dilahirkan, di sini aku membesar. Seronok sekali membesar dengan keindahan alam yang tiada tolok bandingnya kerana ciptaan Allah itu indah dan tiada siapa yang mampu menandinginya.

          Aku menyusuri anak sungai di belakang chalet. Ku bawa bersama diari kesayanganku. Ke mana  sahaja aku pergi, pasti diari ini ada bersama. Aku suka menulis. Apa sahaja yang aku lihat di sekelilingku, pasti ku kan mencoretkannya kerana ia merupakan sebuah pengalaman dalam melayari sebuah kehidupan. Aku punya impian untuk bergelar seorang penulis Islam yang berjaya. Tapi entah boleh atau tidak untuk gapai cita-cita itu.

          Aku duduk di atas sebuah batu di tebing sungai. Ku pejam mata rapat-rapat. Terasa damai dan ketenangan menusuk ke kalbuku. Allah… besarnya nikmat-Mu ini. Tiba-tiba ku rasakan kepalaku sakit, berdenyut-denyut. Peristiwa itu kembali menghantuiku. Arghh…pergi….! Pergi….!

*****

          “Abah… ummi, esok keputusan SPM keluar. Abah ngan ummi boleh teman Fika ambik keputusan tak?” aku bertanya sekalipun aku tahu abah sibuk dengan tugasnya.

          “Ya ka Fika… hmmm, abah kerja, esok ada mesyuarat pula pasal projek di Kundasang…. Fika tak kisah kan kalau Fika pergi sendiri ambik result?” abah menduga reaksiku.

Sudah ku jangka jawapan dari abah. Tugas sebagai seorang warga korporat yang sedang merintis kejayaan membuatkan abah semakin sibuk.Kadang-kadang terpaksa menghabiskan masanya berbulan-bulan di luar negara. Keinginanku untuk bermesra dengan abah membuak-buak. Rindu akan perhatian abah suatu ketika dahulu. Rindu akan gelak tawa abah ketika itu.Rindu akan pelukan seorang ayah buat anaknya. Tambahan pula aku anak bongsu. Tiada kakak, tiada abang dan adik-adik yang mampu menggembirakan hatiku.

“Hmmm….tak pa la abah, Fika pergi sendiri ya. Fika faham abah sibuk… tapi kalau abah dah selesai dengan tugas abah, boleh tak abah cuba datang juga?Fika nak berkongsi suka duka result SPM Fika dengan abah dengan ummi? Please…. Tolong kata “yes”…?

Aku sudah melutut di hadapan abah. Abah memandang ummi. Ummi sekadar menggangguk dan tersenyum dengan celotehku. Abah melepaskan keluhan kecil. Dan akhirnya tersenyum. Aku berkira, abah akan katakan “ya”. Akhirnya…. Abah menggangguk lantas menepuk-nepuk bahuku. Aku melonjak kegirangan. Lantas ku peluk abah dan ummi. Suasana ceria kembali menghiasi segenap ruang setelah sekian lama hilai tawa tidak kedengaran.

                                                                              *****

“Selamat pagi ummi… ummi masak apa pagi ni? Sedapnya bau…” aku memeluk ummi seerat-eratnya.

“Selamat pagi…huih, terkejut ummi Fika. Nak kena budak ni? Nasib baik ummi tak ada sakit jantung tau…” ummi mengurut-urut dadanya dan beristigfar panjang. Terasa bersalah pula membuatkan ummi terkejut.

“Alamak…sorry ummi, Fika tak sengaja. Maafkan Fika ya… terlampau excited la nak ambik result hari ni…hehe” aku tersenyum.

“Ya la…ni, ummi masak nasi goreng special buat Fika….” Emak menarik tanganku ke meja makan dan melayanku seperti bidadari. Wah, seronoknya. Terasa disayangi. Terasa akulah yang paling gembira tika ini.

“Ummi…abah mana? Tak nampak pun?” Aku memandang ummi penuh tanda tanya. Ummi berhenti membasuh pinggan. Lantas berpaling memandangku. Ummi tersenyum. Aku menjadi hairan.

“Abah pergi kerja awal hari ini…. Sebab, abah nak minta balik awal untuk pergi tengok Fika kejap lagi. Pastikan Fika passed with flying colours in SPM examination ya!”

“Wah… I’m so happy! Ya…Fika akan pastikan. I want to continue my study at Oxford University… it was your dreams too…oklah ummi, Fika pergi sekolah dulu ya. Sayang ummi….”

 Aku bangun dari meja makan dan bersalam dengan ummi dan mencium kedua belah pipi ummi yang mulus.

Ketika aku sudah sampai di muka pintu. Ibu memanggilku kembali. Aku kehairanan. Ibu memelukku seerat-eratnya. Kenapa ni? Ibu membisikkan sesuatu ke telingaku… “I love you every beat of my heart my dear….” Terasa ada air mata jernih yang membasahi pipiku. Ummi mencium kedua belah pipiku. Terasa sayunya saat itu. Aku rasakan ada kelainan. Satu perasaan muncul. Aku tepisnya kerana biarlah aku merasai kehangatan pelukan ummi ini buat pembakar semangat untuk mengambil result nanti. Ummi melepaskan aku pergi. Aku melambaikan tangan dan tersenyum pada ummi.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Dewan sekolah sudah dipenuhi oleh pelajar dan waris masing-masing. Seronok betul tengok diorang dating bertemankan waris. Sedihnya hati ni. Tapi aku cepat-cepat melemparkan perasaan itu jauh-jauh. Abah dan ummi kan dah janji nak datang. Aku kena tunggu diorang…. Desis hati kecilku sambil menguntum senyuman.

“Hei…Fika, apa senyum sorang-sorang ni?” Jannah menepuk bahuku.

“Ish,,,,terkejut ja tau… alar, biar la orang nak senyum ka apa ka… kalut ja” Aku mencebik.

“Ya la…eh,enti takut tak nak ambik result ni? Ana takut la….”

“Huih…takut la. Kalau dapat sikit ja A…malu tu… tapi kalau dah dapat sikit tapi kita dah usaha tak pa la, mungkin Allah nak uji kita.. kalau Allah bagi kita dapat banyak A pastu kita riak pula, bahaya tu….” Aku sekadar tersenyum kepadanya.

“Ya la Fika…kenapa la kita ni selalu sahaja tak bersyukur kan? Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni kan… eh, cikgu dah umum tu. Jom kita gi sana…” Jannah menarik tanganku. Aku hanya menurut.

Bismillahhirrahmanirrahim… insyaallah hari ini cikgu akan umumkan terlebih dahulu nama-nama pelajar yang cemerlang dalam SPM 2010. Alhamdulillah seramai 7 orang telah mendapat 11A 1 dalam SPM kali ini. Tahniah cikgu ucapkan. Nama-nama pelajar yang cemerlang ialah….

Mohd Alif Hakimi bin Hisyam

Umair bin Hafiz

Siti Khadijah bin Abu Bakar

Lina Izati binti Izat

Mohd Akram bin Zubair

Munirah binti Talib

“Ya Allah…kenapa nama aku tak da ni? Moga-moga nama aku yang terkahir… ya Allah, bagilah namaku yang terakhir….makbulkanlah doaku ya Allah….” Aku memejam mata rapat-rapat sambil mulutku terkumat kamit membaca doa.

Dan yang terakhir…..

Nur Hanis Afiqah binti Amran….

“Ha,,,,betul ka ni? Nama ana yang disebut?” aku bertanya kepada Jannah. Jannah menggangguk mengiakan. Benarlah namaku yang terkahir disebut. Syukur ya Allah… Alhamdulillah, Kau kurniakan aku nikmat ini. Tidak sabar rasanya untuk khabarkan berita ini kepada abah dan ummi. Akhirnya cita-cita ku tercapai jua. Impian abah dan ummi untuk lihatku Berjaya terlaksana jua. Terima kasih Ya Allah….

Sahabat-sahabat dan guru-guru mengucapkan tahniah kepadaku. Aku tersenyum puas. Puas dengan segala usaha yang aku lakukan selama ini. Tidak sia-sia. Janji Allah itu pasti! Siapa yang berusaha dia pasti berjaya! Mataku liar mencari kelibat abah dan ummi. Kenapa tak datang lagi ni? Keluh hatiku.

“Assalamualaikum…. Abah, katna ni?..”

“Waalaikummussalam… abah baru keluar rumah. Maaf ya, lambat sikit. Abah cuba sampai cepat ya sayang… anak abah ni dapat berapa A?”

“Oh ok… mana boleh kasi tau lagi. Nanti tak surprise la. Fika nak tunggu abah dan ummi datang dulu, baru Fika kasi tau…”

“Ya la…ok, Fika tunggu abah dan ummi ya… Ika tunggu tau!”

“Ya…Fika tunggu la abah…”

“Mana tahu abah dan ummi pula yang tunggu Fika datang…”

“Kenapa pula….?”

“Tak da pa…saja. Oklah, tunggu ya, abah cuba datang cepat. Assalamualaikum…”

“Ok…waalaikummussalam..”

Abah menghentikan perbualan kami. Aku hairan dengan tutur bicara abah.“Mana tahu abah dan ummi pula yang tunggu Fika…” ganjilnya ayat ni. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku. Ada-ada sahaja abah ni. Suka buat lawak. Monolog hati kecilku.

Sekolah semakin lenggang. Para pelajar dan waris sudah beransur pulang. Aku pula belum ada tanda-tanda mahu pulang. Sudah agak sejam aku menunggu abah dan ummi di hadapan dewan. Tapi kelibat mereka masih belum kelihatan. Hatiku gusar. Sudah berkali-kali aku cuba menelefon abah. Tapi tidak dapat. Telefon bimbit ummi pun sama. Kenapa ni? Hatiku menjadi tak keruan. Perasaan aneh itu kembali menyelebungi diriku.

“Hai…Fika, kenapa tak balik lagi ni?” Cikgu Diana bertanya kepadaku kehairanan.

“Fika tunggu abah ngan ummi. Diorang kata diorang dah dekat nak sampai. Tapi dah dekat sejam Fika tunggu ni. Tak datang pun lagi. Naik risau Fika cikgu…”

“Oh…diorang nak buat surprise kot kat Fika. Hmmm…Fika still nak tunggu or biar cikgu tolong hantarkan?”

“Maybe…tak pa la cikgu, Fika nak tunggu abah ngan ummi. Mungkin dah dekat dah tu…”

          “Oklah kalau Fika cakap macam tu. Cikgu balik dulu ya. Lupa pula… tahniah ya Fika sebab Berjaya dalam 11 A1…”

          “Ya cikgu…terima kasih…”

          “Sama-sama…”

          Selang beberapa minit. Ada sebuah kereta Honda masuk ke dalam kawasan sekolah. Aku macam pernah lihat kereta tu sebelum. Ketika pemandunya menampakkan dirinya, barulah aku tahu, Pak Teh Adam. Kenapa Pak Teh boleh datang sini ni?

          “Fika…jom ikut Pak Teh…”

          “La…kenapa pula Fika ikut kena ikut Pak Teh ni? Fika nak tunggu abah ngan ummi la…”
          “Abah ngan ummi suruh Pak Teh ambil Fika. Diorang ada buat surprise untuk Fika…”
          “Betul ka ni? Seronoknya… oklah jom”
          “Maafkan Pak Teh Fika. Pak Teh terpaksa berbohong…”
          Kereta Honda kelabu ini sedang memasuki kawasan perumahan tempat tinggalku. Aku jadi hairan. Kata abah ngan ummi buat surprise. Takkan buat kat rumah ja kot. Entah-entah abah ngan ummi tak da niat pun nak pergi tengok ambik result. Sedihnya,abah dah janji nak datang tapi tengok-tengok orang lain yang datang…. Mukaku masam mencuka. Tawar hatiku dengan tindakan abah dan ummi.

          Kediaman rumahku penuh dengan kereta. Ramainya orang, getus hatiku. Abah buat kenduri ka? Seronoknya…

          Aku berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Aku menjerit memanggil nama abah dan ummi…

          “Abah..ummi….Fika dah balik…Fika dapat…..”

          Aku terkejut. Terkesima untuk seketika. Kenapa bau kemenyan dalam rumah aku ni? Kenapa semua baca yassin ni? Kenapa ada orang sedang siapkan kain kafan ni? Sapa yang mati ni?

          “Pak Teh sapa yang mati ni?” aku bertanya penuh kehairanan. Pak Teh diam seribu bahasa. Dia hanya menundukkan pandangannya dengan wajah yang sugul. Aku hairan.

          “Abah ngan ummi mana…?” aku bertanya. Tetapi tiada jawapan.

          Perasaan aneh itu kembali menyelebungi diriku. Aku terpandang dua kujur tubuh yang terbaring kaku. Jiwaku bergetar. Hatiku berdebar. Ibu saudaraku datang memelukku lantas menangis. Aku hairan. Kenapa ni? Aku melangkah longlai menuju ke arah tubuh tersebut yang ditutupi kain berwarna putih. Lemah aku melangkah. Ada getaran di jiwaku. Dengan teragak-agak, dengan rasa gementar yang teramat sangat, aku tarik kain yang menutupi tubuh tersebut.

          Aku jatuh terjelepok di situ juga. Terasa lemah urat sendiku. Aku meraung sekuat hati. Abah….Ummi….aku peluk abah dan ummi. Benarlah kata abah, abah dan ummi yang menunggu kepulanganku.

          “Abah…ummi, bangun la! Fika dah balik ni… Fika dapat 11 A1, Fika pelajar cemerlang sekolah. Abah, ummi….kenapa ni? Kenapa tinggalkan Fika…. Fika tak da sapa di muka bumi ni,,,,jangan tinggalkan Fika…”

          Aku menggoncang tubuh abah dan ummi. Ibu saudaraku cuba menarik ku. Aku seakan-akan tidak percaya semua ini. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

          Ummi…ummi cakap ummi sayang Fika every beat of your heart…tapi kenapa Ummi nak tinggalkan Fika. Bangunlah ummi….Fika rindu kat ummi. aku memeluk tubuh ummi yang kaku. Tiba-tiba, ku rasakan kepalaku begitu sakit sekali. Semuanya kabur. Pandanganku menjadi kelam. Aku berdiri tetapi aku jatuh kembali. Kedengaranku namaku dipanggil. Tetapi ku sudah tidak mengerti apa yang terjadi.

*****

          “Sayang… buat apa kat sini?” ada usapan lembut singgah di bahuku. Aku tersedar.

          “Oh..abang, Fika saja duduk kat sini, tenangkan fikiran. Tapi, tetiba ja kepala ni sakit….”

          “Sayang makan ubat tak lagi? Jangan cakap kat abang, Fika masih kenangkan peristiwa lama tu. Nanti murung lagi…”

          Aku menggeleng, walaupun hakikatnya aku sememangnya senantiasa mengingati peristiwa itu. Walaupun aku cuba untuk menghilangkannya. Ia tetap bermain di benak fikiranku. Manakan bisa aku melupakan peristiwa yang meragut nyawa kedua ibu bapaku. Abah dan ummi kemalangan tika dalam perjalanan ke sekolahku. Aku rasa bersalah kerana aku yang terlalu memaksa abah untuk datang hingga menyebabkan abah membawa kereta selaju mungkin. Sejak kematian abah dan ummi, aku mengalami kemurungan yang begitu teruk.

          Akhirnya, bapa saudaraku dan ibu saudaraku bersepakat untuk membiarkan aku ditahan di hospital atas tujuan untuk memulihkan semangatku dengan mendapat rawatan psikologi. Hampir 3 bulan aku di sana, Alhamdulillah aku pulih kembali tetapi aku disarankan supaya tidak terlalu membebankan fikiranku memikirkan benda yang tidak sepatutnya. Di situlah aku bertemu dengan seseorang yang akhirnya menjadi suamiku.

          Dr. Ikram Zuhdi, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, bukan sahaja seorang doctor, malah boleh juga berbicara mengenai hal ehwal agama kerana dia seorang tahfiz al quran lulusan Darul Quran. Dia yang merawatku sepanjang aku berada di hospital. Terapi al quran juga diterapkan kepadaku. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengkhitbahku. Dan akhirnya aku setuju. Kerana Allah semata.

          “Abang nak tahu tak… Fika bertuah sangat dapat abang…”

          “Ya ka….kenapa erk?”

          “Ya la….abang boleh rawat Fika… pastu boleh juga tunjuk ajar Fika bab agama. Fika ni takat kat maahad ja belajar agama. Pastu jadi macam ni, nak sambung belajar pun tak boleh… nasib baik ada abang yang boleh ajarkan… kan?”

          “Hmmm…tak pa la, ni ketentuan Allah. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Sayang kena ingat tu…. Kalau Fika tak sakit dan dirawat di hospital, entah-entah kita pun tak bertemu kan? Indahnya percaturan Allah ni….”

          “A’a la kan….Allah dah atur baik-baik buat hamba-Nya. Syukur sangat…”

          Desa ini menjadi saksi putik percintaan kami kerana-Mu Ya Allah. Sekalipun aku sudah kehilangan abah dan ummi. Namun, Allah hadiahkan aku dengan kehadiran insan yang Berjaya mengubah hidupku. Syukur pada-Mu ya Allah di atas nikmat yang tidak terhingga ini. Sedarlah aku, Engkau mengetahui setiap apa yang terlintas di benak hati hamba-Mu, jika kami kesedihan sudah pasti Engkau akan hadirkan kegembiraan.

Ya Allah….

Ketika semangatku hampir padam…

Tika aku hampir berputus asa…

Engkau hadirkan kepadaku…

Kegembiraan yang tidak ku sangka…

Ketenangan yang belum pernah ku kecapi….

Dengan sekali lafaz sakinah…

Aku kini menjadi miliku..

Bergenang air mataku…

Tidak ku sangka aku akan kecapi nikmat ini…

Jika sebelum ini…

Ku rasakan dunia ini gelap gelita…

Tiada harapan untukku lagi…

Rupa-rupanya Engkau ingin memberikan aku cahaya…

Desa ini menjadi saksi…

Putik percintaan antara dunia insan..

Ikram Zuhdi sebagai imamnya…

Nur Hanis Afiqah sebagai makmumnya…

Berkasih sayang kerana-Mu Ilahi…

Syukur…

Syukur…


Pada-MU Ilahi…..

Istighfar vs taubat

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah wa syukrillah atas sgala nikmat yg masih dipinjamkan... istighfar selepas menyedari kesalahan adalah suatu hidayah berbanding dari terus menerus hanyut dibuai keasyikkan..jom sahabat pembaca,kita hayati lirik istighfar taubat....moga bermanfaat..

Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khothooya

Robbiy zidniy 'ilman naafi'aa
Wawaffiqnii 'amalan maqbuula
Wawass'lii rizqoon thoyyiban
Fatub 'alayya taubatan nashuuha

HambaMu ini datang padaMu
Tuntunlah kami kemana pergi
Aku tersesat dijalan ini
Tak tahu lagi arah kembali
Sudilah Engkau mau peduli

Yaa man yaro sirro qolby
hasbith-thila 'uka hasbi
Famhu bi'afwika dzanby
washlih qusudiy wal a'mal

Ya Illahi Ya Tuhanku
HambaMu ini menujuMu
Jiwa ragaku jadi belenggu
Agar mendapat keridhoanMu
Tujuan akhir jalan hidupku



Fenomena Ghazwul Fikri



Seorang ustaz sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Ustaz itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Ustaz berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian ustaz kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang ustaz tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.  Paham?" tanya ustaz kepada murid-muridnya.
"Paham Ustaz..."
"Baik permainan kedua..." begitu ustaz melanjutkan.

"ustaz ada Qur'an, ustaz akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba.

Akhirnya ustaz memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .  "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak ustaz

?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...

Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama. Semoga beroleh manfaat bersama..insyaAllah..


-credit to ustaz Tuan Ibrahim

Tangisan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.....semulia kalam pembukaan tatkala rindu menderu...sahabat-sahabat jom hayati kisah cinta yang sarat air mata... moga rindu ini mampu membuatkan kita kembali sedar tentang seorang kekasih yg sentiasa setia...



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maaf, ayahku sedang demam, kata Fatimah. Ia kemudiannya menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah 'Siapakah itu wahai anakku?' Dengan tutur yang lembut Fatimah membalas "entahlah ayah, orang sepertinya baru pertama kali ini aku melihatnya'.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


Dengan nada sebak baginda berkata 'Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' sambung Rasulullah lagi. membuatkan Fatimah menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Tatkala diri kita sibuk mencari cinta sejati..masih ingatkah kita pada insan yang terlalu menyayangi kita yang sehingga akhir hayatnya tetap mengenangkan kita??Betapa cintanya Baginda kepada kita. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya??? Di Mana Baginda di hati kita????  ='(

Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih




Pemadam

    “Salam ustaz, boleh tak ustaz bantu nasihatkan dan insafkan jiran saya. Dia terlalu nakal selalu menyakitkan hati ayahnya… ayahnya dah uzur, tapi masih selalu terpaksa membersihkan segala tindak-tanduk anaknya, memohon maaf sana sini. Kesian tengok mereka berdua,” kata Puan Fatimah kepada Ustaz Man.

“Tapi ayahnya sangat sayang pada anaknya, walaupun sakit hati, beliau masih menjaganya dengan baik… tapi disebabkan isterinya dah tak da, kesian kat dia dah uzur, tapi anaknya yang tunggal masih tak faham-faham, nakal dan selalu menimbulkan masalah di sekolah sejak ibunya meninggal dunia tetiba 2 bulan yang lau,” tambah Puan Fatimah lagi.

“Insha-Allah,” kata Ustaz Man, “Saya akan cuba.”

Esok harinya, Ustaz Man pergi ke sekolah untuk memberi kuliah di surau sekolah budak nakal tersebut yang bernama Ali.

Ustaz Ali pergi ke kelas Ali untuk melihat gelagat beliau.

Sebaik tiba di kelas, terlihat Ali yang berusia 16 tahun ini sedang bertengkar dengan seorang rakan sekelasnya untuk sekeping pemadam.

“Apa gaduh-gaduh ini,” tanya Ustaz Man.

“Ustaz, dia asyik guna pemadam saya, dan pemadam saya dah semakin kecil – saya nak ambil balik, dia tak bagi, jadi saya menampar dia,” kata Ali sambil menuding ke rakannya.

“Ustaz, Ali ini dia asyik guna pemadam saya, pemadam saya dah habis, jadi saya nak guna dia punya, dia pula marah… dia guna pemadam saya tak apa, saya guna pemadam dia dapat penampar, budak tak ada ibu mengajar memang macam itu,” sindir rakan Ali.

Ali berang dengan kata-kata rakannya tadi lalu cuba menamparnya untuk kali kedua.

Ustaz Man menahan dan menarik Ali bersama pemadamnya keluar kelas dan ke bilik surau.

“Apa istimewa sangat pada pemadam itu?’ tanya Ustaz Man ketika Ali dah bertenang.

“Ini peninggalan terakhir mak saya, ustaz, kerana ayah uzur, mak keluar membeli sedozen pemadam untuk saya dan meninggal dilanggar motor,” kata Ali sambil teresak-esak.

Memahami perasaan Ali, Ustaz Man bertanya, “Ali sayang pemadam ini, takut habis betul?”

Ali hanya mengangguk.

“Ayah sihat?” tanya Ustaz Man.

“Tak berapa… mengapa tanya?” tanya Ali.

“Ali sayang ayah tak?” tanya Ustaz Man.

“Sayang….” Jawab Ali.

“Tahu tak setiap kali Ali bergaduh, ayah susah kena datang ke sekolah walaupun sakit untuk mendengar kata-kata complain daripada cikgu-cikgu Ali,” tanya Ustaz Man.

“Errr… tapi saya tak buat salah…,” kata Ali.

“Tapi Ali susahkan ayah …” kata Ustaz Man. Ali hanya mendengar.

“Pemadam di tangan Ali sebenarnya bukanlah pemadam sebenar dalam hidup Ali. Pemadam sebenar dalam hidup Ali ialah ayah Ali.

Ali ibarat satu pensel, selalu menulis – tapi apabila silap, pemadamlah datang memadam tulisan tersebut untuk Ali menulis semula sebagai pensel. Seperti yang Ali tahu, setiap kali pemadam memadam, ia mengorbankan sebahagian daripada dirinya untuk membuka ruang kepada pensel untuk membuat pembetulan. Pemadam tak pernah merungut, kerana itu tugasnya, dan ia sanggup menghabiskan segala hidup untuk berbuat demikian untuk pensel.

Pemadam berasa bahagia dapat berkorban demi pensel yang dia sayangi. Tapi Ali selaku pensel, jika ingin bersama pemadam untuk jangka yang panjang perlu belajar untuk mengurangkan kesilapan supaya pemadam tak perlu sentiasa mengorbankan diri untuk membetulkan tulisan yang tersilap.

Jika Ali teruskan perangai sedemikian, pemadam di tangan satu hari akan kecurian, dan pemadam sebenar akan meninggalkan Ali kerana semakin uzur dibuat Ali… Jika Ali sakit hati sehingga ingin menampar orang kerana pemadam di tangan akan mengecil kerana kerap digunakan, Ali tak sakit hati ke pada ayah Ali yang bagaikan pemadam, usianya semakin dimakan masa,” terang Ustaz Man.

Ali tersentak dengan cerita Ustaz Man – lalu pulang memohon maaf kepada ayahnya –

“Ayah maafkan anakanda – rupanya ayahlah pemadam sebenar yang tidak kenal penat-lelah yang perlu anakanda kasihi. Terima kasih kerana selalu di sisi anakanda, memaafkan kesalahan anakanda walaupun ia menyusahkan ayah. Maafkan anakanda, pensel yang tidak mengenang budi ini, ayah,” kata Ali kepada ayahnya yang masih tidak faham yang disebutkan oleh anaknya, akan tetapi hatinya riang kerana tahu anaknya sudah insaf.

~credit to Ustaz Tuan Ibrahim


Hukum Memakai Purdah?

Tags

Soalan: Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini, yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut `uruf dan adat kebiasaan.

Jawapan :Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak. Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya: “Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”
Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:
a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.
Kedua: ayat di atas menyatakan:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
(maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Allah hanya memerintahkan agar ditutupجيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.
Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”
b) Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52
لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ
(maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.
c) Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah alAnmari, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلالِ
(Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط . Kata al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan إن شاء الله) .
Walaupun rawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi perkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengan keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbul dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebut baginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti yang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi s.a.w. secara praktikal kepada para sahabah.
Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:
فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِهِ
“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).
Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.
d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ
Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan:
فَأَخَذَ الْفَضْلُ بْنُ عَبَّاسٍ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً حَسْنَاءَ وَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ فَحَوَّلَ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الْآخَرِ
Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat.
Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Tak sangka ALLAH balas cepat


KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.
Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. 

Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.
"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.


Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.



“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,



“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”



Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.



Dermakan segumpal wang



Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.





Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.
Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.


Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.


Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.




Upah naik beca



Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.



“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”


Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.


“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.



"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.


Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.



“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.



Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.




Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.



Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

Sumber : Sinar Harian