Nikmat mn yg hendak Kamu Sia-siakan????




Assalamualaikum blogger2.... (^_^)

Subahanallah....alangkah indahnya dunia ini bila hati kite di penuhi rahmat dan keredhan dari Yang Esa...Ya Allah berikanlah aku keredhaanMU berikanlah daku rahmat kasihMu...sesungguhnya aku insan yg sgt lemah,hnya Engkau la sebaik2 pertolongan bagi ku, sebagai seorang insan yg lemah....bagi ku Engkau adalah segalanya.......

Ya Allah peihara la insan2 yg aku sayangi..peliharalah mereka semua, kami semua insan biasa kdang2 x terlepas dari godaan dunia yg penuh tipu daya ini..hanya padaMu aku berdoa meminta pertolongan...........tiada daya upayaku Ya Allah melainkan dengan kehendakMu.......


Terasa amat kerdil diri ini,tidak mampu berbuat apa2 pon....mengalir air mataku bila mngenangkan dosa-dosa ku yg telah ku lakukan..aku insan lemah Ya Allah..Peliharalah aku,pelihara lah kami dr segala bencana dan kemaksiatan kepdaMu...peliharala kami semua...hnya padaMu Allah aku harapakn...........

Berikanla petunjuk dan hidayah kepda kami,serta jgn la Engkau paling kan hati kami Ya Allah setelah Engkau berikan rahmat & petunjuk kepda kami....

Terima Kasih Allah kerna dgn Rahmat KasihMu kami smua masih hdup untuk berbakti kepdaMu...Berikanlah petunjuk kepada kami..kepda insan2 yg masih lalai di luar sana..sesungguhnya Engkau Maha Mngetahui isi hatiku ini.........

Cukup lah Allah bagiku tempat memohon pertolongn dan tempat aku mngadu....

Gugur iman jika sengaja tinggalkan solat


NABI Muhammad SAW pernah ditanya apakah Islam, lantas Baginda menjawab:
“Islam itu dibangunkan atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke rumah Allah (Baitullah).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Tidak seperti ibadat lain, kewajipan solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad SAW pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas: Pada malam Israk difardukan kepada Nabi SAW solat sebanyak 50 kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), “Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadat solat melebihi ibadat lain. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama.
Begitulah tingginya martabat ibadat solat di sisi Islam. Tidak menghairankan jika perkara yang mula dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat, maka sia-sialah segala amal ibadatnya yang lain.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Oleh itu, umat Islam perlu memberi perhatian tinggi terhadap kesempurnaan ibadat solat kerana implikasinya terhadap diri kita begitu besar. Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.
Ulama berbeza pendapat mengenai hukum mereka yang meninggalkan solat secara sengaja. Golongan pertama berpendapat meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya, maka mereka tergolong dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak kafir.
Bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja dan menolak akan kewajipannya, maka mereka adalah kafir. Golongan ini berpendapat semua bentuk kesalahan di atas muka bumi ini masih boleh diampunkan oleh Allah kecuali dosa syirik.
Ini seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa juga), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisaa’, ayat 116)
Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai, baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, semua mereka ini termasuk dalam golongan kafir dan terkeluar daripada Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula.
Ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang sahih secara jelas menunjukkan ibadat solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelaku gugur keimanannya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang Islam (yang taat), sama seperti orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang salahnya itu)? Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa saja yang kamu pilih? Atau adakah kamu mendapat akuan yang ditegaskan dengan sumpah daripada Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan? Bertanyalah kepada mereka: Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam? Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? (Jika ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang yang benar. (Ingatkan orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.” (Surah al-Qalam, ayat 35-43)
Allah memulakan ayat itu dengan menyanggah mereka yang menyamakan taraf hamba-Nya yang taat kepada perintah-Nya dengan mereka yang ingkar atau kafir. Kemudian Allah menggambarkan keadaan huru-hara di alam akhirat dan Allah memerintahkan hamba-Nya sujud menyembah-Nya.
Namun, bagi mereka yang dulunya di dunia tidak bersujud (bersolat) kepada Allah secara sengaja tanpa uzur, mereka tidak mampu untuk bersujud kepada-Nya berserta orang Islam lain. Ini menunjukkan mereka itu termasuk golongan orang kafir dan munafik yang mana ketika semua umat Islam bersujud kepada Allah, mereka enggan kerana tidak mampu.
Andai kata mereka termasuk di kalangan orang Islam, tentu mereka mampu bersujud kepada-Nya di alam akhirat kelak. Beginilah hinanya mereka yang tidak mengerjakan solat ketika kehidupan di dunia ini.
Ancaman mengenai kafirnya mereka yang meninggalkan solat secara sengaja pernah disuarakan Nabi SAW seperti sabdanya yang bermaksud:
“Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barang siapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Sabda Baginda SAW lagi:
“Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran dengan meninggalkan solat.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Jelas kedua hadis itu menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan solat kafir atau gugur keimanannya. Pada akhirat kelak mereka akan diletakkan bersama Qarun, Haman, Fir’aun dan Ubai bin Khalf .
Daripada Nabi SAW bahawa pada suatu hari Baginda memperingatkan mengenai solat maka Baginda bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang memeliharanya (yakni solat), maka dia akan memperoleh cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak mengendahkannya (yakni solat), maka dia tidak akan memperoleh cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Apa kaitannya Qarun, Haman, Fir’aun dan Ubai bin Khalf dengan mereka yang meninggalkan solat? Kebiasaannya mereka yang meninggalkan solat terdiri daripada mereka yang terlalu sibuk menguruskan harta, kerajaan, kekuasaan dan perniagaannya.
Menurut Syaikh Sayyid Sabiq:
“Maka orang yang bimbang dengan harta, dia akan senasib dengan Qarun, dan yang sibuk menguruskan kerajaan, dia akan bersama Haman dan sesiapa yang terpedaya oleh kebesaran dan urusan pemerintahan dia akan ditemankan oleh Fir’aun, sedangkan orang yang bimbang menguruskan perniagaan maka dia akan berada bersama Ubai bin Khalf.” (Syaikh Sayyid Sabiq Fikih Sunnah)
Menurut Imam al-Syafie, “Barang siapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim, maka dia harus ditanya: Mengapa kamu tidak bersolat? Jika dia menjawab: Saya terlupa. Maka katakanlah: Solatlah engkau ketika sudah ingat. Jika dia menjawab: Kerana saya sakit. Maka katakanlah kepadanya: Solatlah semampumu; berdiri, duduk atau berbaring atau dengan isyarat. Apabila dia menjawab: Saya mampu untuk bersolat, tetapi saya tidak solat dan saya akui solat itu wajib hukumnya. Maka katakanlah kepadanya: Solat itu adalah amal yang tidak boleh diwakilkan kepada yang lain. Ia wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah. Jika tidak kami akan membunuhmu.” (Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i karya Dr Muhammad A W al-Aqil)
Namun begitu, hukuman bunuh hanya boleh dilaksanakan oleh penguasa Muslim yang sah di sesebuah negara melalui proses kehakiman. Beginilah seriusnya hukum terhadap mereka yang meninggalkan solat secara sengaja.
Ketahuilah bahawa solat itu wajib ‘ain dan tiada yang terkecuali darinya walaupun sebesar mana kedudukannya di dunia ini dan pada mata masyarakat.

Wassalam


Source..........

6 Sebab Wanita Islam Dilarang Dan Diharamkan Pakai LEGGING




Asal usul legging nie sebenarnya dari 14th century lagi dimana waktu tu lelaki yang memakainya.Tapi sekarang dah terbalik dan yang paling tak syok nya bila r
amai di antara anda wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di khalayak ramai dan menjadi tontonan lelaki-lelaki bukan suami.


Ramai wanita Islam menyangka "BOLEH ! APA SALAHNYA PAKAI LEGGING ", asalkan pakai baju labuh. Hakikatnya, wanita Islam tetap tidak boleh memakai seluar yang berkain nipis dan ketat (LEGGING). Seluar jeans ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah lagi LEGGING yang sudah jelas-jelas mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka.
Sebab-sebab HARAM pakai legging adalah:1. Berpakaian tetapi telanjang.

sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

Kononnya sudah bertudung, memakai baju, kain dan seluar apabila keluar, tetapi masih ditafsirkan sebagai 'telanjang' ?. Kerana, baju, kain dan seluar yang dipakai wanita itu tidak benar-benar dan tidak sungguh-sungguh melindungi dan menutupi bahagian-bahagian aurat badannya.

a) Warna fabrik kain atau seluar sama warna dengan kulit.
b) Fabrik kain terlalu nipis.
c) Fabrik terlalu lembut dan apabila lembut ia menampakkan alur bentuk badan wanita itu.
d) Tidak longgar (ketat) maka ia mengikut potongan badan seperti betis, peha, punggung, alur vagina, bentuk buah dada dan pinggang.

Wanita-wanita ini berjalan ke sana ke mari hanya berpakaian secara fizikal, tetapi lelaki-lelaki yang memandang mereka dengan 'senang dan segera' dapat membogelkan mereka dengan pandangan mata.


2. VPL (Visible panty line)

Nampak macam lembu pn ado kakakakakakahhhh...jgn mareeeee.. ;P

Merujuk kepada wikipedia, VPL adalah "A visible panty line is the situation when the outline of a person's underwear is visible through the clothing. The underpants may be seen as a ridge or depression in the clothes, or as a result of the clothing material being sufficiently transparent." Senang cerita, seluar ketat dan legging boleh menampakkan bentuk bontot dan bayangan seluar dalam wanita dari pandangan luar.

Many cultures disapprove of the display of underwear, and a visible panty line is generally considered undesirable and embarrassing. Banyak budaya (terutama sekali Islam) menyatakan dengan tegas bahawa seluar ketat (LEGGING) ini menyakitkan mata lelaki (maksiat mata) dan menjatuhkan maruah wanita.

At the same time, a visible panty line is at times deliberately created for its erotic impact.
Oleh kerana Legging itu sangat ketat, ditambah pula dengan berkilat ia akan menyebabkan wanita yang memakai itu menonjolkan imej seksi dan erotik serta menimbulkan rasa stim ke atas lelaki-lelaki yang memandang.

3. Nampak bentuk bontot dan alur vagina.

Bukan lucah atau kasar, tetapi itulah kesannya memakai legging di tempat terbuka. Memang bodoh wanita Islam yang sudah tahu dirinya mempunyai betis yang mampat, peha yang gebu dan bontot yang agak besar TETAPI berani memakai legging ketat bersama baju kontot atau pendek di hadapan lelaki-lelaki bukan suami.

Amat mudah para lelaki untuk meng X-ray apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.Fikiran lelaki tak sama dengan wanita,lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal,wanita ada 9 nafsu dan 1 akal,most of the time apa yang difikirkan lelaki adalah wanita.
4. Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan pakaian seksi.

Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa anda (wanita) memakai bersama seluar ketat dan legging pula...?? Itu namanya mencampur adukkan yang HALAL dengan yang HARAM. Air dan minyak tidak boleh bercampur.

Tudung + Baju labuh dan longgar + Seluar longgar = HALAL
Tudung + Baju sendat dan kontot + Seluar ketat dan legging = HALAM...??
Tudung + Baju labuh + Legging = HALAM...??

Walaupun LEGGING dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita masih nampak 'ketat'. Maka ia juga menampakkan bentuk aurat wanita.

Sesetengah wanita menganggap pemakaian Islam ini kolot, tetapi sebenarnya tujuannya adalah untuk melindungi maruah wanita Islam dari pandangan seksual kotor si lelaki. Ini adalah kerana hampir keseluruhan bahagian tubuh wanita termasuklah kaki, betis, peha, punggung, kemaluan, dada, leher dan malah wajah wanita sangat mudah mencetuskan nafsu seksual lelaki. Seterusnya ini boleh mengundang imaginasi kotor dan persepsi jahat si lelaki terhadap wanita Islam itu.

Oleh itu, jika mahu menutup aurat dan berimej wanita sopan, biarlah bersungguh-sungguh. Baru mendapat pahala.

5. Legging Itu Pakaian Berunsur Fetish Seksual
Sexual fetishism, or erotic fetishism, is the sexual arousal a person receives from a physical object. Fetish seksual adalah rasa teruja dan terangsang nafsu seks apabila menyentuh atau melihat bahagian atau aksesori wanita yang tertentu contohnya LEGGING dan SPANDEX.

Jika dicari terma SPANDEX dan LEGGING di internet, banyak yang menghubungkaitkannya sebagai pakaian perangang nafsu seks lelaki. Dengan kata mudah, LEGGING sering dimanipulasikan di dalam gambar-gambar lucah wanita.

Secara agak kasar, pantyhose, tights, spandex dan legging adalah pakaian yang dikategorikan fetish yang mampu menyebabkan para lelaki merasa ghairah dan terkesima lagi teruja.Sebab honestly dari kajian mengatakan yang lelaki ni lebih suka kalau pasangan diorang pakai yang ketat-ketat dari berbogel terus,kalau berbogel,rasa macam,ala biasa nyer,tapi kalau di trigger dengan lingerie ke,bikini ke,apa-apa yang hampir menampakkan susuk tubuh wanita itu,secara automatic lelaki akan jadi lebih berminat dan bernafsu,lelaki memang pervert.Tq.

Bayangkanlah anda seorang wanita Islam ditambah pula sudah berkahwin, berjalan ke sana ke mari di tempat awam memakai legging ketat dan kemudian disaksikan dan direnung oleh mata lelaki-lelaki yang gila perempuan.Jangan kata lelaki yang gilakan perempuan,semua lelaki yang normal pasti akan tertarik untuk nak tengok.

Anda sengaja mencari nahas.

6. Pemujaan Kecantikan Wajah Dan Bentuk Badan Hanya Untuk SUAMI Sahaja.

Berhias untuk suami. Bermake-up cantik suami. Pakai baju tidur seksi untuksuami. Pakai mini skirt untuk suami. Pakai seluar ketat untuk suami di ranjang. Pakai legging ketat nampak bentuk peha dan bontot untuk suami. Pakai baju jarang untuk suami. Pakai seluar jeans ketat untuk menggoda nafsu seks suami. Semuanya khas dan istimewa untuk merangsang nafsu seks suami bukan lelaki-lelaki di tempat awam atau di tempat kerja.

Tetapi apa anda golongan wanita buat..???


credit bulat-bulat to http://leggingseksi.blogspot.com/

p/s : Kalau aku boleh tahan dan tak pernah pakai seluar pendek atas paras lutut keluar dari rumah,why not u?my dearest perhiasan dunia = )

p/s/s: Kalau nak berlegging di rumah dengan suami,silakan,tak pakai apa pun takpa,pahala tu. hahaha...tp ingt akhlak tu penting...islam mengutamakan akhlak dalam kehidupan kite sebagai umat islam ;)p/s/s/s: Maaf kalau ada yang terasa,kalau bakal awek yang bakal menjadi isteri aku pakai legging sebelum kenal dengan aku,slow-slow lah kita berubah yea,jangan sampai aku pun pakai legging jugak,hahaha.Lenturlah isterimu dengan lemah lembut tapi penuh ketegasan,if you can do that,your the man.

Adab menguap dan bersin menurut Islam





Islam adalah agama yang sempurna, aman dan mudah. Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Adab menguap menurut Islam
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)

Adab bersin menurut Islam
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ) Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)
Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut يَرْحَمُكَ اللهُ (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)
Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya)
Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin)” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)