PROMOSI GPS 4.3”

Tags


System CPU: Centrality Atlas 4 400MHZ
ROM 128MB NAND Flash ROM
RAM 64MB SDRAM
Real-time OS
Microsoft WinCE 5.0 pro version
Display 4.3§ TFT 65K colors touch screen 480*272

GPS module
Type: High Sensitivity Receiver
Accuracy:Within 10 meters CEP without SA.
Cold start: 42 sec
Warm start: 35 sec
Hot start: 1 sec
Channels: Up to 20
Maximum Altitude:18000 meters
Com port:COM7
Baud rate: 38400
Battery Type:Li-ion 850mAh
Work time:40-60 Minutes
Charge time:2-3 hours(The first time need to
charge more than 6 hours)

Entertainment: Video player AVI etc.
Audio player: WMA and MP3 etc.
Photo Viewer:JPG, GIF,BMP, PNG
Dimension: 118mm*79mm*15mm

Accessories
* Stylus
* Ear phone
* Car holder
* In-car charger

* Home plug charger
* Usb cable
* user manual


Dengan menggunakan GPS ni insyaAllah…


Bagi mereka yg nk balik kampung atau ke mana2,sorang pn insyaAllah tidak akan sesat lg dan xpayah lagi bwk kreta slow2 nk tgok signboard.

Ada yg X jmpe cari mybank kt jengka?? dengan mnggunakan hujung jari anda.select je location (maybank berdekatan) pastu drive la berpandukan direction yg di berikan GPS insyaAllah sampai la…para pejalan kaki pn bleh gne GPS ni..leh muat pocket…bleh bwk ke mana2 anda mahu tanpa rase serba salah dan tanpa was-was hehe…

Untuk bagi hadiah buat yg tersayang pn ok jgk ni...huhu...(mak,ayah,member dan sesiapa saje)

Sekian terima kasih ..wassalam…

Price: Promotion Price-RM500 each.(Kt kedai xdapat kot harga rm500 nih. =))



Untuk info lebih lanjut atau tempahan sila hubungi saya..

Azri-013-2229605

Renungan...Fikir fikir kan..



"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang,



Dan jangan cuba untuk dapatkan apa yang kita sayang,tapi sayangilah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita sayang , kerana orang yang sayangkan kita mungkin orang yang sebenarnya kita sayang,



lebih baik untuk kita bersama orang yang sayangkan kita... daripada orang yang kita sayang, kerana orang yang kita sayang mugkin hanya sukakan kita tanpa rasa SAYANG"...:'(





Saat malaikat menghampiriku,dia bertanya kepadaku

"APA YANG KAU INGINKN DI SAAT AKHIRMU?? "

aku menjwab,

"ToLonG JAGA ORanG YanG MENJADI RAKANKU KERANA 'AKU SAYANGKAN MEREKA SEBAGAI SAHABAT SETIAKU"

Selesaikan Masalah Cinta Anda Dengan Teknik Lucu Ini

Pengorbanan Sesebuah Kejayaan
2 minggu yang lepas ni kehidupan saya agak terumbang-ambing. Mana taknya, hampir setiap hari saya (and the geng) balik pukul 4,5 pagi. Ni semua kerana kerana saya and the geng menyertai sebuah pertandingan band tahunan ( 2 ribu penonton tu!) yang dianjurkan oleh International Cultural Club UTP yang diberi nama Euphonious.

Latihan memang keras, dan ada kalanya saya menjadi stress. Sampai satu tahap, saya hampir give up dan mengatakan kepada diri sendiri, “Napelah masuk final, stress pulak jadinya”. Ya, kitorang masuk final dan kene la pulak menang ( demi penyokong2 tegar). Sungguh besar tanggungjawab itu. Hasilnya, kitorang dapat tempat ke-3, quite an achievement for us

Tercetusnya Sebuah Inspirasi
Dalam keadaan yang stress sebelum pertandingan, saya teringat saya pernah membaca buku Change Your Mind and Keep The Change hasil tulisan Steve Andreas dan Conniraie Andreas ( ini adalah buku NLP yang tidak pernah dijual di kedai buku tempatan). Di dalam buku tersebut ada satu bahagian di mana penulis menceritakan tentang satu teknik yang dicipta oleh salah seorang pengasas NLP iaitu Dr. Richard Bandler.

Saya ketawa mendengar nama teknik tersebut. Nama teknik tersebut adalah “Fall Down Laughing” atau dalam bahasa kita jatuh ketawa terbahak-bahak. Lucu kan?

Ok straight to the point. Saya akan ajarkan anda teknik ini dalam format yang teratur mengikut susunan langkah demi langkah. Tapi pertama sekali saya nak bagi peringatan, jika anda merasakan teknik ini memperlekehkan masalah anda, jangan risau, saya akan beri penjelasan yang munasabah di akhir posting ini. Tidak kira anda mempunyai masalah cinta atau apa-apa pun, teknik ini pasti boleh menginspirasikan anda.

Ok, here are the steps
1. Fikirkan atau bayangkan dengan jelas jika anda tidak pernah mengalaminya – saat anda sedang bercakap dengan seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan (saya membayangkan professor saya yang beruban dan serius). Di sewaktu ketika anda sedang bercakap (berkongsi masalah) dengan beliau, terus wajahnya berubah dan ketawa terbahak-bahak sampai air matanya pun turut mengalir kerana tak tahan dengan apa yang didengarinya daripada anda. Semakin beliau hendak menghentikan ketawanya, semakin kuat lagi sambungan ketawanya.

2. Sekarang, fikirkan masalah atau situasi yang anda hadapi sekarang…

3. Sekarang, bayangkan dengan jelas and bercerita masalah ini kepada rakan anda (yang di atas tadi). Sebaik saja anda memberitahu dia tentang masalah anda, die terus “fall down laughing”/ketawa terbahak-bahak dan tak boleh berhenti tidak kira apa yang anda lakukan…

4. Fikirkan masalah anda tadi, adakah anda meraskan sesuatu yang lain tentang masalah ini?

Sekurang-kurangnya setengah daripada sejumlah orang yang melakukan teknik ini tidak MAMPU untuk menganggap masalah yang mereka hadapi sebagai isu yang serius lagi. Masalah mereka tiba-tiba menjadi seperti perkara ringan. Lebih-lebih lagi yang ketawa terbahak-bahak tadi tu adalah seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan yang tinggi ( mcm Tun Mahathir? ops).

Itulah dia, ketawa dan humor adalah perkara yang paling jarang digunakan untuk memberi kita kekuatan untuk mengatasi sesebuah masalah atau sebarang limitasi diri kita. Ketawa dan humor dapat memberi kita peluang kedua untuk melihat masalah kita di sudut berbeza yang kebiasaannya lebih baik dari saat kita melihat masalah kita pada mulanya.

Setengah lagi daripada orang yang melakukan teknik berasa MARAH. Apa taknya, masalah serius boleh dibuat bahan ketawa. Jangan gusar dan buat kesimpulan terlalu awal. Marah adalah satu perasaan yang positif jika dibandingkan dengan perasaan TERPERANGKAP atau STUCK dengan masalah anda.

Marah boleh mencetus diri anda untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Marah boleh jadi langkah pertama untuk anda keluar daripada masalah ini.

Lihat, kesan teknik ini amat kuat sekali di dalam membantu anda melihat masalah anda dari sudut berbeza yang lebih positif. Ingat, perasaan yang saya puji ini adalah perasaan marah (kekuatan memikirkan pilihan), bukan perasaan marah yang boleh mencetuskan keganasaan seperti penderaan atau vandalisme (tanda akibat tiada sumber pilihan).

Well, hari Ahad memang hari yang tenang, dudukdi tepi tasik yang indah sambil menghirup kopi panas yang sedap. Apabila anda menghadapi masalah, ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya, cuma agak lambat saja untuk anda mendapat inspirasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kepada yang suka sedih memanjang, pada posting yang lepas saya ada kongsikan video putus cinta yang boleh memberi anda inspirasi. Enjoy!



Hazwan

Penggemar Kopi Sedap

Source

4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda

Salam...
tetiba rase nk cite hal ni huhu...ntah la sy pn sejak kebelakangn ni ntah ape2 jer hehe....
xde idea nk cite ape..so saje nk share terjumpa pasal ni td kt internet hehe..
bg mereka yg ade ciri2 ni mayb kebetulan kot..klau betol cuba la berubah..lumrah mnusia sntiasa di belengu kesilapan..maafkan lah..n jg la hati masing2..
jgn bila tiada bru nk mencari..ketika si dia hampir di sisi buat mcm2 perangai..
berubah la sebelum semakin terlambat..hdup ni ibarat roda...ade jtuh dan bgun..
sama2 lah hadapi kesenangan dan kesusahan buktikan yg kehadiran yg tersayang bermakna bg hidup kita nih...buktikan yg dirinya bermakna bg kita...kasih sayang sukar di cari ganti...

Sekian..bc lah article kt bwh ni..terpulang pd anda menilai nyer...wassalam


Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.
Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :
Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…
4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.


Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4 tanda di bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk ‘mengejutkan’ anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.


1.Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil? Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?

2.Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda? Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang. Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
3.Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya?
Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.

4.Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua?
Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

Jika anda mengalami salah satu situasi di atas atau mungkin kesemua sekali petanda di atas, maka anda harus membetulkan keadaan di dalam hubungan anda bermual hari ini.

Lata Me-ra-ung..so meraung =)

Tags
Salam...bru teringt..hehe

ari ahad lepas...17hb/1/10..secra x sngaje plan..nk p "Lata Meraung"..pnye xsngaje pown semnggu sbelum p ktaorg dh plan...ajak pnye ajak dpt la 9 org mmber2 join..mmber UITM jgk la...

so kutip la rm10/person equal to rm90..huhu..

Sbelum tu hngpa tau x ape itu lata meraung?? haaa klau nk tau ni la mase nyer...klau da tau wat2 xtau je...bnda ni sbnarnye bkn biskut..bkn jg sejenis kuih kek pendek kata,pnjang x kata..bnda ni bkn mknn la..tp adalah satu destinasi atau tempat rehat/rekreasi
(erkk mcm skema la plak ayat nih)...snang cite tmpt ni air terjun la...

Mcm ner?? tgk gambo ats ni mcm x caye je kan??ini bkn super impose huhu..sape x jeles mmng bkn org lah..hehe...nmpak mcm dalam filem lak air terjun ni kn kn ?(koya)mmng canteek wooo...air terjun x ramai yg tau,org tertentu je yg tau...
lpe lak bgtau lokasi,xpe jap lg citer...

hmmmm..sambung yg lpas kutip rm10/person td hehe.. sampai je pg ahd..kul 6.30pg ambo bgun bsuh kete (subuh mesti..solat first!!)...dalam kul 8pg kteorg pn berkumpul kt Flat A Rantau Perintis (lantak la hngpa knal x hehe)..p dgn dua kereta..kereta daku n mmber daku la,xkn mmber ko lak!!! (tetiba emo kah..kah..gurau jekkk) Lokasi air terjun ni kt jerantut pahang bkn jerantut tumpat @ jertih haha..(jgn pk bkn2 xbaek).. Ade mmber uitm duk kt jerantut..dia la yg master mind tmpat nih..area dia la katakan..dia jgk la uruskan BBQ..perghhhhhhhh sedap time mkn ayam bakar..sampai x abeh nk mkn hehe...

Gambo di Upload kemudian klau ade ihsan mmber2 lain ade simpanan

....
Dalam kul 9 kami pn bertolak gerak ke jerantut..lbey kureng dalam setengah jam la..sampai la kt umah mmber yg kt jerantut...rehat2 jap dalam kul 10 lebey naik van mmber jerantut ni satu n satu lg naek kte mmber..so dua knderaan la p msuk htan(kira dalam hutan la)...air terjun ni bertempat di perkampungan org asli..bleh tahan la awek2 org asli ni..hahahaha... lama jgk perjalann untuk ke lata nih..tp rase skejap jer..dgn riuh rendah mmberr..tetiba sampai ...
sebaik jer sampai..kami la org yg first sampai...xde org..ape lagi..air terjun ni kami yg punya hehe...dalam kul 1 lebey ade la org dtg..perghh yg dtg tu segerombolan awekss2..biase lah ciptaan tuhan mmng tdk d nafikan cantek n comel..xtau la rombongn ape..sume pmpuan..lpe ade sorang lelaki,(abg driver van diaorg)..

sudah...sudah..x abeh2 cite pasl pmpuan....huhhh

mandi pnye mandi mkn mandi mkn mndi mkn..itu la keje kami....sampai la dalam kul 3 lbih..org pn makin ramai..kesian tgk org laen..kami pn bg peluang diorg mndi skali
kmi pn bertolak blik...sekian saje cerita secara kesimpulan jer ni..bnyak lg sbenarnye..leh wat buku setebal kamus dewan kot hehehe..=P
mati nk cite details..
kt bwh ni ade gmbo2 yg selepas mndi time nk balik..tgh mndi xder...aurat hehe...

Sekian sahajer untuk kali nih......
wassalm..

Kerja kerja kerjaaaaaaaaaaaaa...

Tags
Salam sahabat....
tima kasih bg yg sudi bc blog nih,wlau se-abad skali jer hupdate,hehe..ampun la..bkn slalu n bkn sngajer...kebizian melanda jiwa ku..eh eh silap hidupku...mmng bz n xsempat update tmbah lak malas nk update(tu yg sebenarnye hehe) i hav no idea......


Sejak kje tempat bru ni (uitm pahang)...hari hari berhadapan ngn computer...bru mnngu ni (18.01.10) sy dpt tugas bru,bhagian networking uitm pahang...ape itu networking...?? huhu tu pn mau tnye ke,p google tau la nnt?? networking ni rangkaian la hehe..haha...huhu..ermm sy uruskan wireless network kt cni,untuk cek network ni ok @ x,just gne hujung jari,xpnat pown hehe..duk opis leh remote n leh tgk mn AP=Access point bkn AP yg sibuk kuar brite tu...cek gne pc kt opis je...skang kn canggih,xperlu pnat2 p cek satu2..jd admin la..so ade la beberapa password yg confidential kne ambo ingt bru leh cek..hmmmmmmmmmmmmmmmmm...=P

Slain tuh..ambo jgk cek user yg nk register wireless..bhagian approval la..klau ade staff@ student yg bru regis wireless tu,ambo lah yg activate depa(amboih bercampur aduk dh bhase) well..hehe...

pastu satu lg ambo kne jg Antivirus Server..dlm uitm pahang nih...2 3 owang jer yg tau passwrd admin dan ambo termasuk skli hehe..uitm ni gne kaspersky server yg gne network agent tuh,thun ni bru dpt version bru..bleh tahan la dia nyer interface ...(mcm kt bwah ni)
Best jgk bhagian network ni..tp bese la ade sume bnda yg best ade jgk yg x best nyer...bgitu la sbaliknye..yg xbest nye xtau lg hehe...

sekian dulu wat kali ni..ambo try update ari2.walau pn xde org nk bc..nma pn blog..e-diary....
huhu..wassalm...

Tanda-tanda kiamat

Soalan:
Kebelakangan ini kita lihat bermacam-macam bencana berlaku, seperti gerak gempa, tanah runtuh, wabak penyakit berjangkit, jenayah kekerasan (termasuk pembunuhan, rogol, sumbang mahram dan lain-lain).

Gambar Hiasan

Adakah bencana yang berlaku ini akibat perbuatan mereka atau sejauh mana ia berkaitan dengan hari kiamat.
Jawapan:
Kalau kita masih ingat lagi dalam peristiwa Israk dan Mikraj ketika Rasulullah SAW dibawa menaiki kenderaan yang bernama Buraq yang terpantas sepantas kilat baginda menoleh dan melihat bumi tempat tinggal manusia dan segala makhluk yang lain seumpama seorang wanita tua.
Tasybih (disamakan) bumi dengan seorang wanita tua ada kaitannya dengan usia bumi. Ditasybihkan agar manusia segera dan pantas memahami kehendak Allah melalui lisan baginda Rasulullah SAW.
Semoga dengan demikian manusia hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran serta langkah-langkah yang sewajarnya dalam menjaga dan memelihara alam tabie yang menjadi amanah kepada manusia.
Maksudnya bumi diumpakan seperti wanita tua, dari sudut biologinya wanita tua kebiasaannya semestinya uzur. Bila uzur ada kaitan dengan keaktifan seseorang, yang pastinya yang muda tidak sama dengan yang atau dari segi kudrat dan tenaga, apatah lagi dari segi kesihatannya.
Bermula dengan tsunami dari tahun 2004 yang meragut jutaan nyawa manusia hinggalah yang terakhir gempa bumi di Padang dan banyak lagi.
Ditambah suhu panas yang semakin meningkat, atmosfera dan ozon yang semakin menipis sehingga suhu semakin membahang dari hari ke sehari.
Walaupun sebahagian kerosakan berpunca dari tangan-tangan manusia seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41)
Punca kerosakan di daratan dan lautan adalah kerana ketamakan manusia merakusi bumi Allah SWT atas alasan pembangunan dan pemodenan kawasan. Maka berlakulah banjir kilat di beberapa tempat, tapi manusia tidak belajar.
Kebanyakan perkara yang dinyatakan telah pun berlaku dan ada yang masih berlaku, antaranya adalah tanda-tanda kiamat kecil.
Tanda-tanda kiamat
Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.
Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlumba-lumba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.
Tanda kiamat besar adalah perkara besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.
Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, “Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s.
“Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat”.
Ibnu Hajar melanjutkan, “Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat”.
Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
1. Diutusnya Rasulullah SAW
Jabir r.a. berkata, “Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, “(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian”. Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)
2. Disia-siakan amanah
Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, “bilakah masanya akan terjadi kiamat?” Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, “Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya”.
Berkata sebagian yang lain, “Rasulullah tidak mendengar”. Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: “Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?” Berkata lelaki Badwi itu, “Saya, wahai Rasulullah”. Rasulullah SAW berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat”. Lelaki itu bertanya lagi, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat”. (riwayat Bukhari)
3. Penggembala menjadi kaya
Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).
6. Banyak terjadi pembunuhan
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “haraj adalah pembunuhan, pembunuhan”. (riwayat Muslim).
7. Munculnya kaum Khawarij
Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).
9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia”. Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).
11. Sedikitnya ilmu
12. Merebaknya perzinaan
13. Banyaknya kaum wanita
Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)
14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.
15. Berleluasnya riba dan harta haram
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya“. (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)
Petikan dari : http://www.utusan.com.my

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A


  • Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut.
  • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.
  • Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.
  • Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
  • Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
  • Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu