PRA PERKAHWINAN



PRA PERKAHWINAN

Sebelum satu demi satu langkah diatur untuk memperkatakan tentang mengertikan Islam di dalam sebuah perkahwinan dan rumahtangga, adalah amat perlu untuk setiap anak muda, meneliti bezanya di antara cinta dan CINTA.

i. Cinta vs. CINTA

Saya tidak bermaksud untuk memperkatakan tentang CINTA sebagai CINTA ILAHI kerana hal mengenainya telah pun diperkatakan di dalam ruangnya yang khusus. Namun saya tumpukan perhatian kepada menyedarkan setiap anak muda yang sedang atau merancang untuk berpasangan agar meneliti, apakah perasaan mahu berpasangan itu terbit dari cinta kecil atau cinta sebenar.

Cinta kecil itu, adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat, dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan, cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia dari cinta keliru ini, kerana sekurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali… juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan di antara satu sama lain.

CINTA sebenar itu harus terbit dari emosi dan naluri fitrah manusia… namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. Cinta yang ada ‘sense of begin with the end in mind‘.


ii. Memilih Masa Yang Sesuai
“Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat ini tiada kemungkinan untuk anda berkahwin!”, itu amaran saya kepada peserta.
Wajah peserta mula kelat.
Saya telah jelaskan secara panjang lebar tentang soal kesan fitrah daripada perhubungan jangka panjang di dalam dan di luar perkahwinan di dalam artikel MENGURUSKAN FIKIRAN TENTANG PERKAHWINAN. Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga di tahun keempat, malah kelima pun bisa.
Jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama sebuah perkahwinan, maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumahtangganya buat seketika, dengan kesedaran terhadap tanggungjawab… tatkala perasaan cinta itu pudar seketika. Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan… dan selepas ujian ini berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri, maka Insya Allah cinta yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia.
Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorila, maka tidak mustahil untuk kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini! Banyak alasan yang boleh diguna pakai…
“Saya mahu mendekatkan diri kepada Allah”
“Saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini”
“Saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi”
Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab sebenarnya ialah “saya sudah jemu dengan awak!”. Itu sahaja!

Maka jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergenggam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah dari perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam matrikulasi, atau tahun pra klinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.

“Ustaz… habislah saya macam ini… saya sudah bertunang. Kami merancang untuk berkahwin mungkin dalam empat atau lima tahun lagi!”, seorang peserta berjumpa dengan saya dengan wajah panik selepas ceramah berakhir.

“Sabar… apa yang ustaz sebutkan tadi, bukannya ketetapan nas. Tetapi ia adalah pengamatan kepada pengalaman dan pembacaan. Pengalaman pelbagai pihak yang memberitahu semua itu. Jika anta sudah ada idea mengenai cabaran ini, maka buatlah persediaan sebaik-baiknya. Bersederhana dalam berhubung, jangan bergayut telefon sampai lepas kahwin dah tak tahu nak sembang apa… dan bijakkan diri dalam mengekalkan kesungguhan masing-masing menuju perkahwinan. Dan jangan pandang belakang!”, saya tersenyum.

“Ada hantu ke ustaz?”, tanya beliau.
“Kalau hantu Alhamdulillah. Tapi masalahnya anta mungkin akan nampak bidadari… bidadari lain untuk menambah options!”, saya bergurau.

“Faham, faham!”, katanya sambil mengurut dada. Lega barangkali.

iii. Kesan Perhubungan
Di peringkat pra perkahwinan ini juga, kita harus beringat terhadap kesan tindak tanduk untuk jangka masa yang panjang. Ketika mahu ber’couple’, keluar tengok wayang bersama, merosakkan anak dara dan teruna orang lain… fikirkan dengan sense of begin with the end in mind.
Hidup sementara wahai sahabat…

Namun kesan amalan kekal selamanya.

Sama ada ia menjadi kebaikan yang memberikan kesejahteraan yang berkekalan pada kehidupan di alam Sana, atau dosa yang menempa bencana dan seksa di neraka Allah yang Murka. Fikirkan dosa dan pahala. Fikirkan Syurga dan Neraka. Bahawa setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit pasangan yang kamu ghairahkan itu… ada api yang akan merentungkannya. Rentung yang tidak mati, tetapi rentung yang mengekalkan derita dan seksa.

Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah yang menghalalkannya, fikirkan kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa. Sanggup merisikokan mati, demi melahirkan seorang anak perempuan yang suci bagai kain putih, dan hari ini kamu yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya itu, mahu mencemarkan perempuan itu?!

Tergamak kamu?

Teruskan… jika kalian cukup macho untuk membuktikan diri kalian memang tidak pernah peduli pada perasaan ibu bapa yang membawa kalian datang ke kehidupan ini. Pada kesakitan dan derita mereka, pada usaha mereka memilih pakaian, makan, ubat, rumah dan pelajaran yang terbaik selama ini… kerana nafsu kalian adalah satu-satunya yang terpenting di tika dan saat ini.

Ya, jika buayafriend dan gelifriend itu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada Allah, terimalah neraka dunia sebelum Neraka Akhirat.

Allah akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era pra perkahwinan, dengan hukuman perasaan. Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumahtangga.

“Jika dengan aku dulu dia tergamak berzina dan berbuat dosa, apa yang menghalangnya untuk berzina dengan orang lain”, syak seorang isteri, bekas pelaku dosa, ketika suaminya so-called out station.

“Jika dengan aku dulu dia selamba badak pegang sana pegang sini, apa yang boleh menjamin dia menjaga rumahku dan maruah dirinya dari lelaki lain?”, syak seorang suami, bekas pelaku dosa, ketika jauh di tempat kerja meninggalkan isteri di rumah sana.
Tanpa rasa percaya dan hidup dalam prasangka, ‘nikmatilah’ sebuah derita yang tidak berkesudahan… kesan masing-masing sudah berjaya membuktikan bahawa mereka berdua memang tidak gentar dan tidak pernah peduli dengan Allah dan amaran-Nya suatu ketika dahulu.

Fikirkan… don’t begin if that is the end in your mind!

Belajarlah bersusah payah mengekang nafsu… kerana susah payah itulah bekal bahagia. Bukti yang terpisahnya suami dari seorang isteri lantaran kerja, tidak menimbulkan prasangka apa-apa kerana kedua-duanya saling mengikat diri kepada Allah, Tuhan yang disembah di tempat kerja, dan yang disembah di kediaman sana. Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah…!

Belajarlah semasa ini, untuk saling membuktikan yang kita memang peduli kepada Allah yang Maha Kuasa, kerana hanya dengan Allah sahaja kita mampu untuk terus saling percaya mempercayai. Dia rujukan kita. Kita tidak membelakangkan Dia.

iv. Jangan Berkahwin Sekadar Untuk Mendapatkan Sijil Halal

Seterusnya saya mengingatkan setiap peserta, agar tidak memberikan alasan “saya kena kahwin segera ustaz, takut terjebak ke benda-benda yang haram”.

Seorang di Southampton, seorang lagi di Dublin… tiba-tiba memberi alasan takut ‘terzina’???
Untuk pasangan ini berzina, si lelaki itu perlu menempah tiket dari halaman web Ryanair.Com, kemudian mengemas beg dan mengambil bas dari Grafton Street ke Dublin Airport, check in, menaiki pesawat, terbang satu jam menyeberangi Irish Sea, mendarat di Bournemouth Airport, melalui imigresen, mengambil beg, menaiki bas ke bandar Southampton dan akhirnya berzina!!!

Ini bukan kes takut terzina, tetapi kes memang ‘berjihad untuk berzina’ malah ketagih zina dan lupa diri. Sewajarnya saya melayangkan barang sebutir dua pelempangkepada orang seperti ini agar bangkit dan sedar dari alasannya “saya kena kahwin segera sebab takut terzina”.

Lainlah jika masing-masing belajar di universiti yang sama, di kelas yang sama, hari-hari bertemu dan yang tinggal hanya ‘to be or not to be‘!

Itu pun, saya masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Tidakkah dia sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar dan sulit dari sekadar cabaran menolak zina?
Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?

v. Jangan Berkahwin Tanpa Persetujuan dan Pengetahuan Ibu Bapa
Ruang untuk membelakangkan ibu bapa itu memang ada. Baik lelaki mahu pun yang perempuan.
Malah bagi si lelaki, hukum fiqh tidak pun meminta dirinya mendapatkan persetujuan ibu bapa.
Tetapi perkahwinan bukan sekadar soal hukum fiqh, bukan sekadar sah tidak sah akad yang dihenjut.
Setelah bertahun saya dan Ummu Saif berumahtangga, nasihat seorang ibu dan seorang bapa kepada kami tetap penting, berharga dan sering diminta untuk mengatur perkahwinan dan rumahtangga. Itu soal nasihat yang diberi dan diminta. Belum lagi dikira titis air mata ibu bapa di atas sejadah berdoa memohon kepada Allah agar memakmurkan perkahwinan dan rumahtangga anak-anak mereka. Berapa tinggi doa itu memanjat langit?!

Restu ibu bapa…
Lebih besar dan agung dari segala motivasi dan rawatan kaunseling yang ada di alam maya ini. Maka janganlah sekali-kali disingkirkan restu ibu bapa daripada sebuah perkahwinan yang ingin dibina.
Itu soal restu.
Pasangan yang berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa juga harus beringat, bahawa kalian adalah darah daging mereka. Tanpa diberitahu, seorang bapa apatah lagi seorang ibu, begitu mudah untuk merasakan sesuatu tentang anak mereka. Alangkah sakit selsema pun boleh meresahkan mereka di hujung benua, apatah lagi jika si anak yang begitu tergamak berkahwin dengan membelakangkan kedua ibu bapa.
Nanti ibu bapa akan bertanya, “kamu ni dah kahwin ke?”
Mahu dijawab apa?
“Err… mana ada mak, ayah. Bukankah saya dah bersetuju untuk berkahwin selepasgraduate nanti!”, jawab si ‘pengantin lelaki misteri itu’.
Ahh, kamu sudah menafikan perkahwinan kamu. Kamu tidak sedar yang kamu telah membuat suatu kenyataan bahawa isteri yang telah kamu nikahi itu, bukan isterimu.
Apa ertinya semua ini?
Saya khuatir penafian itu boleh mengheret perkahwinan kepada tanpa sedar, kamu telah mentalaqkan isterimu dengan talaq kinayah!
Apakah talaq kinayah itu?
Iaitulah ucapan-ucapan yang mengandungi maksud menidakkan perkahwinan dan membatalkannya, namun dilafazkan secara tidak terang justeru menuntut penjelasan.
Apatah lagi ucapan itu dibuat ala-ala Jamil dalam kisah Madu Tiga.

“Sumpah, Wallah… Tipah tu bukan lagi isteri abang!”
Mungkin dan berkemungkinan besar tidaklah jatuh talaq itu jika anda menafikan perkahwinan anda di depan ibu bapa. Tetapi berapa kali anda mahu menipu, dan berapa lama anda tahan hidup dalam pendustaan. Bukan mendustakan rakan, tetapi ibu bapa sendiri!
Janganlah diheret perkahwinan kepada situasi seperti ini. Di mana redha Allah, di mana redha ibu bapa?
Mengapa tidak kalian mujahadah sahaja…

Puasa…
Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti berorganisasi… dakwah, kemanusiaan, kemasyarakatan…
“Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya” – PepatahArab
Jika anda tetap berada di dalam suatu keadaan yang hanya perkahwinan jalan penyelesaiannya, maka bawalah berbincang dengan baik. Buktikan yang anda sudah cukup dewasa untuk berumahtangga dengan mengambil langkah berdiskusi dengan ibu bapa secara dewasa, atau mungkin juga dengan meminta bantuan orang tengah yang boleh membantu kepada rundingan.
Dan sudah tentu di satu sudut yang lain, ibu bapa juga haruslah tidak terlalu mengikut perasaan hingga tidak rasional. Berusahalah untuk mempertimbangkan dengan baik keadaan anak-anak dan membuat keputusan untuk kebaikan anak-anak itu yang hidup mereka penuh cabaran itu, dan bukan sekadar memberikan alasan-alasan “takut kehilangan anak”, “belum puas membesarkannya” dan lain-lain alasan yang berisiko tinggi itu.
Jujurnya, saya melihat kebanyakan mereka yang berkahwin semasa belajar dapat mengekalkan prestasi pengajian, malah ada yang bertambah cemerlang. Hanya segelintir yang kecundang… dan akan saya perkatakan di sambungan bicara ini di peringkat perkahwinan yang seterusnya, Insya Allah

Fikirkan semua ini supaya anda berCINTA dan bukan bermain cinta.

<<<>>>

Bernazar minum air kencing anjing hitam

Salam..just for sharing...
”Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada binatang. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Sekian..wassalam
>><<

wuwuwuwuwu...wiwiwiwiwi..wawawa....

Tags
Salam..
kengkawan..hurm tjuk ntah ape2 jer...xtau nk d gmbarkn dgn ape tjuk ari nih..hahaha...

ermmm start ari nih dh mcm makin bz sket...kne turun site daaa..kontraktor sudeh memulakan kerja2 depa memasang Wired & Wireless network kt bangunan Infra Science Tech (IST)..bgunan bru nih..yg bermasalah dgn network..bkn mslah ape..network xder kt kwasan tuh yg mslah nyer..so staff yg berada kt bgunan bru ni terputs dr hubungan luar..email n info jd lambat sampai....tp sblum ni team network termasuk aku (4org) ambik alternatif memasang Streamyx untuk mngurangngkan rungutan meraka2 itu..hehe



Alhamdulillah kerja pemasangn sedang di jalan kan mulai pg td..so harap ianya berjalan lancar..projek ni di jangka siap dalam masa 5 bln..insyaAllah..lepas da ade network kt ctu,maka kureng la rungutan mereka....huh..


aku dh la nk exm ahd nih..adoi...bz lak..dugaan nie...last paper aku ahad nih..paper Software Engineering ...harap2 aku cemerlang dalam mnjawap soklan neh hehehe... ;P

waaawawawawa satu lagi aku happy sbb aku berjaya hack wifi hehe...insyaAllah aku x mnyalah gune akn ilmu aku tueee..hehe... ;P

ermmm ape lg nk taip neh....xdop dh kot...pah2 ni plop..x pon esk aku hupdate lg...hahaha...

Sekian wassalam... taking care.......

Nikmat.........syukur..........terleka??????

Salam kwn2....
aku cuti ari nih coz telah mnghadirkan diri aku ke tempat exm d kuantan ECM-east coast mall..Alhamdulillah lah leh jwp..bkn ssh pon jwp MCQ..hitamkan jer exm kul 9am-12.30pm, kul 10am aku kuar..snang sgt hitamkan jer kt borang OMR tuh haha...betol @ x tu lain citer..hehe tp insyaAllah la its will b okay...i already try my best to answer that question lah,already stdy 4 it also.....just forget it 4 secnd..now fokez for the nex paper lak..next paper aku..Software Engineering....ish aku nih..nk cite pasal exm ker ape nih?? adehh sowie my friendsssss..


ermm sbnanrnye aku nk ckp tntang diri kita..diri kamu semua..diri setiap insan bernama mnusia..masing2 mmpunyai diri msing2..tp hrus di dingt kita semua adalah milik Allah SWT.. ;) tu yg kite perlu thu sbagi hamba Allah..subahanllah nk nges pk bila pk balik nikmat2 yg telah Allah kurniakan pd kita..yg terlalu bnyak...subahanallahh!!...
Dalam surah al-rahman bnyak kali Allah ulang ayat

"fabiayyi alai rabbikuma tukadziban" yg bermaksud

"Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"


so wahai sahabat nikmat mn yg kite sume dustakan?? sedarkah kite??
hurmmm kekadang kite terleka kn? kita fikir ape yg kita buat adalah betol..betol n betol..xde yg salah melainkan betol2 belakoo..


Tidak kah kite terfikir?? klau sume ape yg kite wat ni betol pastu di mn kesilapan kita??haaaaa itulah kesilapan kite sbnarnye..tidak sedar kesalahan yg telah kite lakukan...SOMBONG!!!!!!....sume nk betol jer...huh...

tidak mungkin seseorang itu dapat menilai diri sendiri...untuk menilai diri kita..hanya org di sekitar kita dapt menilai diri kita yg sebenarnya..nk lg cun..tnye musuh kite..compem berterabur keburukkan kite dia habaq..huhu...

so kengkwan tjuan nye post kali ni bkn ape..cuma nk habaq mai yg diri kite ni sebagai mnusia tdk pernah perfect,nk sedarkan diri sendiri yg mungkin terleka..NOBODY IS PERFECT!!!.....hnya Rasullullah SAW di jg Allah..MAKSUM..tidak pernah mlakukan dosa..ayuh kengkawan kite cuba bermuhasabah diri kiter nih..ape yg kite wat silap..kekadang kita rase wat sesuatu itu dh ikhlas n dh rase betol..tp sbenarnye di blakang kiter ramai yg mngata keburukkan kite,siap kutuk2 lagi,msti ade sumthing wrong r tuh ngn ape yg kite wat..ingat lah..ikhlas itu seumpama semut hitam yg berjalan di batu yg sagat hitam di malam yg hitam pekat..betapa ikhlas tuh ssh nk kita capai..kte just cuba baiki untuk yg terbaik...hurmmm lumrah kehidupan la tuh...klu nk cite kt blog bab nih sampai bila x abeh..bnyk nk kne hurai2 itu ini huhu..
so jom lah kita bermuhasabah diri kite nih....
selamt bermuhasabah..;)

wassalam

Test Your Brain dude,...

Tags



Salam..

Jum try game nih kengkawan..best wooo...trbaca dalam mmber's blog..nice woo..

sy dah try sume..alhamdulillah berjaya dgn cemerlang hehehe..;P

Kalau tak pas nie, ada something wrong ngan otak korang...hahaha...

gudluck..!!!

Short Neurological Test

1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.

999999999999999999999999999999999999999999

999999999999999999999999999999999999999999

999999999999999999999999999999999999999999

999999999999999699999999999999999999999999

999999999999999999999999999999999999999999

999999999999999999999999999999999999999999

999999999999999999999999999999999999999999

3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

MMMNMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer.

Congratulations!

part 2

eonvrye that can raed this rsaie your hnad.

To my ‘selected’ strange-minded friends:If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.

Only great minds can read this.This is weird, but interesting!

If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it..

Hukum-Hukum Cinta




Hukum-Hukum Cinta

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.
Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.
Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.
Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.
Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.
Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.
Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.
Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.
Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.
Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.
Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.
Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.

Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.
Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.
Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.
Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.
Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.
Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.
Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.
Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.
Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.
Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.
Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.
Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!


Ayuh Intai-Intai Semula
Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?
Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...
Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?
Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.
Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?
Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?
Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?
Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?
Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?
Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.
Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.
Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!
Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.
Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?
Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.
Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.
Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?
Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!

<<>>

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Wanita Cantik Selalu Curang.......



HORMON ESTRADIOL JADIKAN MEREKA SENTIASA KURANG PUAS HATI DGN KEKASIH YG ADA
..... Bagi mereka yg mempunyai banyak estradiol, satu bentuk estrogen, selalunya lebih menarik dari segi fizikal dan mudah memerangkap lelaki. Mereka juga kurang berpuas hati dengan kekasih yg ada. Dengan itu wanita yg sedemikian sering berlaku curang, menurut hasil kaji selidik yg disiarkan dlm jurnal Royal Society.

Hormon steroid ovari itu juga dikaitkan dgn muka bersimetri, payudara besar dan nisbah ukuran pinggang ke paha yg rendah. Penyelidik juga mendapati bahawa wanita cantik berkemungkinan besar mengambil kesempatan terhadap keseksian mereka utk memerangkap lelaki terbaik.

Dr. Kristina Durante berkata: "Wanita yg secara fizikalnya cantik bukan setakat mempunyai banyak pilihan, malah juga standard tinggi yg sukar dipuaskan. Mereka juga mempunyai alasan yg sedikit utk komited kpd teman yg khusus jika ada lelaki berpotensi yg lebih berkualiti."

Dalam kajiannya, Kristina dari Universiti Texas, AS, mengukur paras estradiol di kalangan 52 pelajar wanita..... Analisis yg dilakukan menunjukkan wanita paling cantik menikmati kepuasan paling kurang. Bagaimanapun mrk akan memilih utk menjalin hubungan jangka panjang drpd mengadakan hubungan singkat dgn beberapa lelaki.

Berdoalah, Nescaya Allah Akan Memperkenankannya




Berdoalah, Nescaya Allah Akan Memperkenankannyasources

Suatu perkara yang diyakini oleh kebanyakan manusia sama ada dari umat Islam atau pun seluruh penganut agama yang ada atau oleh yang selainnya bahawa doa itu adalah senjata paling ampuh untuk meraih manfaat dan menolak mara bahaya. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri mengkhabarkan tentang orang-orang kafir, bahawa mereka apabila di dalam keadaan kesempitan juga turut berdoa kepada Allah dengan penuh harapan. Di ketika Allah mengabulkan doa hamba-Nya, sama ada dia kafir atau pun muslim, maka pengabulan itu adalah seperti rezeki untuk mereka. Perkara terebut menjadi tanda ke-Rububiyahan-Nya (sifat ketuhanan bagi Allah) secara jelas. Kemudian seringkali rezeki itu justeru menjadi bencana bagi mereka, dengan sebab kekufuran atau pun kefasikan. (Rujuk: Ibnu Abil Izz al-Hanafi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, jil. 1, Pustaka at-Tibyan)

Pengertian Doa:

Doa adalah permintaan seseorang hamba kepada Tuhannya dalam bentuk pengharapan. Kata ini juga mencakupi makna taqdis (penyucian), tamhid (puji-pujian) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung serta sebahagian dari zikir. (Syaikh Dr. Sai’id Ali Wahf al-Qahthani, Mengapa Doa-ku Tidak Terkabul, m/s. 19, Daar an-Nabaa’ (August 2007))

Doa Adalah Ibadah:

Dari al-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhu, Dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, katanya:

“Doa itu adalah ibadah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2969. Menurut al-Albani, hadis ini Sahih, Shahih Sunan at-Tirmidzi)

Saranan Berdoa Dan Menjauhi Sombong:

Allah berfirman (maksudnya):

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Allah Sentiasa Mendengar Doa Hambanya:

Dari Abu Musa al-Asy’ari, beliau menjelaskan:

Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam suatu perperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, menaiki bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau mendekati kami dan bersabda:

“Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa (menyeru) kepada Tuhan yang tuli (pekak) dan jauh, akan tetapi kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu melebihi dekatnya seseorang dari kamu dengan leher binatang tunggangannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2992)

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman, “Aku menuruti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/210)

Allah Memperkenankan Doa:
Dari Abu Sa’id, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidaklah seorang mu’min berdoa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan tali silaturrahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya satu di antara tiga perkara:

1 - Allah akan segera memperkenankan doanya di dunia, atau

2 – Allah Subhanahu wa Ta’ala menyimpannya sebagai pahala di akhirat, atau

3 – Allah memeliharanya dari keburukan diri semisal apa yang dia minta.”

Mereka berkata: “Sekiranya begitu, kami akan memperbanyakkan doa (terus kerap berdoa)”. Nabi bersabda: “Allah lebih banyak lagi pemberian-Nya”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/18. Menurut Syaikh al-Albani, hadis ini sahih, Shahihul Jami’, no. 5714)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi bersabda:

“Doa salah seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak teburu-buru, iaitu dengan mengatakan:

“Aku sudah berdoa namun tidak juga dipernankan bagiku”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6340)

Tiga Doa Yang Tidak Tertolak:

1 – Doa orang tua (ibu bapa) terhadap anaknya.

2 – Doa orang yang sedang berpuasa.

3 – Doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir). (Rujuk: Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1797)

Berdoa Dengan Hati Yang Khusyu’ Penuh Kesungguhan:

“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’, 21: 89-90)

“… Mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan harap.” (Surah as-Sajdah, 32: 16)

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu berdoa, hendaklah dia bersungguh-sungguh di dalam doanya, janganlah dia berkata: “Jika Engkau berkehendak berilah kepadaku, Sesungguhnya tidak ada yang dapat memaksa Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6338)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Janganlah seseorang dari kamu mengucapkan di dalam doanya:

“Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu, Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau mahu”. Tetapi hendaklah dia bersungguh-sungguh meminta dan meninggikan harapan terkabulnya doa yang dipohon, kerana sesungguhnya apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengira ia sebagai sesuatu yang penting, pasti Dia akan memberikannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 339)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Berdoalah kamu kepada Allah dengan keyakinan doa kamu akan diperkenankan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2766, menurut Syaikh al-Albani hadis ini hasan)

Sebahagian Adab Berdoa Supaya Doa Diterima:

1 – Tidak bergelumang dengan perkara-perkara haram, meliputi pakaian, makanan, minuman atau seumpamanya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘ahu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa menjelaskan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan (musafir) yang panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, lalu mengatakan, “Ya Tuhanku, ya Tuhanku...” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1015)

2 – Jangan bersikap Terburu-buru dan Merasa Cepat Bosan:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi bersabda:

“Doa salah seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak teburu-buru, iaitu dengan mengatakan:

“Aku sudah berdoa namun tidak juga dipernankan bagiku”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6340)

“Sentiasa dikabulkan doa seseorang hamba selama ia tidak berdoa dengan doa yang mengandungi dosa atau pemutusan silaturrahim dan selama ia tidak tergesa-gesa.”

Ada seorang sahabat yang bertanya:

“Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?”

Nabi menjawab:

“Dia berkata dengan: “Aku sudah berdoa, aku sudah berdoa. Namun aku lihat Allah tidak memperkenankan doaku.” Dan dia berputus-asa (bosan) lalu meninggalkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2096)

3 – Tidak Melupakan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar:

Dari Huzaifah radhoyallahu ‘anhu, Nabi bersabda: “Demi Allah yang jiwaku berada di Tangan-Nya, kamu harus beramar ma’ruf dan nahi mungkar, atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan siksa ke atas kamu, kemudian apabila kamu berdoa ia tidak akan diperkenankan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dan beliau menghasankannya. Lihat: al-Albani, Shahihul Jami’, no. 6947)

4 – Tidak Memohon Doa Yang Mengandungi Dosa Dan Pemutusan Silaturrahim.

5 – Sentiasa Memperbanyakkan Doa Di Waktu Senang Mahu Pun Susah:

Dari Abu Hurairah rahiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat sempit dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat ia senang.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3382. Dihasankan oleh al-Albani di dalah Shahih Sunan at-Tirmidzi)

6 – Berdoa Dengan Merendah Diri dan Suara Yang Lembut:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan dengan suara yang lembut.” (Surah al-A’raaf, 7: 55)

7 - Disunnahkan Mengulang-ulang doa.

8 - Menghadap Kiblat.

9 - Menadah tangan bagi doa yang bersifat mutlak (permintaan khusus).

Dari Salman radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta'ala Maha Malu dan Maha Mulia, dia malu terhadap hamba-Nya apabila mengangkat tangan (berdoa) kepada-Nya lalu Dia kembalikan dalam keadaan kosong (tidak diterima doanya)." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1488)

Wallahu a’lam...

Surat Putus Cinta..sob...sob... :'(

Tags

surat chenta tahap cipan mengandung

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan
shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut
dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku
umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke
ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi
berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata
sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1
ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri
ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di
dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku
cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa
setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas
belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat
dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya
insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,
Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti
yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan
kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini
aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu. Nak tak?

Jangan Terlalu Awal Dalam Membuat Penilaian




Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya”Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.
Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”
Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”
Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!
Bagaimana dengan anda?
Wallahualam.


Source

Cawan Canteek........

Tags



kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku
hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini
berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak
peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Ramalan Palsu Germany Vs Spain Si Paul Sotong Kurita

Minggu nie tak habis-habis orang cakap pasal ramalan si paul sotong kurita. Nak percaya tu taklah... ramalan je kan walaupun sesetengah orang mendakwa 80 peratus ramalan si paul nie dah menjadi kenyataan. Wah... makin glamour la si paul nie dari kaka, dan bintang-bintang bola sepak yang lain.

Hari nie pun dalam surat khabar terutamanya berita harian menunjukkan bahawa si paul memilih Spain. Tapi diorang tak tau... dalam hal sebegini.. sesetengah orang akan cuba mengubah dan memanupulasikan fakta supaya banyak yang membuat bidaan terhadapa Spain... So, bila dah macam nie... untung free la bookies-bookies tu kalau Germany yang menang


Cuba check dengan paper berita harian... sama tak?




Yang diubahsuai!


huhu macam2 org ambik kesempatan yer..hukhuk....


Yg ni lak ape cer haha.....

Ikhlas bersyukur tenangkan fikiran

Ikhlas bersyukur tenangkan fikiran


AL-IMAM Ibn al-Jawzi dalam kitabnya Minhaj al-Qasidin menerangkan cara bersyukur. Antaranya:
  • Syukur lisan dengan melafazkan hamdalah (Alhamdulillah).
  • Syukur hati dengan reda kepada Allah di atas apa yang diberi dan apa yang diambil kembali.
  • Syukur amalan dengan cara melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat.
Tiga perkara ini nampak mudah untuk diamalkan. Tetapi, bagaimanakah dengan realiti sebenar jika kita berhadapan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan?
Untuk itu ambillah pengajaran daripada orang salih cara mereka menterjemahkan syukur kepada Allah.
Berikut ini diperturunkan catatan mengenai teladan itu.
  • Syukur kerana anugerah iman dan Islam.
Peristiwa ini berlaku pada saat pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) selepas selesai Peperangan Hunain. Peperangan ini terjadi selepas pembukaan kota suci Makkah.
Sahih al-Bukhari merekodkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Rasulullah SAW membahagi-bahagikan harta kepada orang Muhajirin sebanyak 100 unta setiap seorang, dan Baginda tidak membahagikannya untuk orang Ansar. Berkata sebahagian orang Ansar: “Sesungguhnya Rasulullah SAW hanya memberi kepada orang Quraisy, sedangkan kami tidak diberi, padahal pedang kami masih berlumuran darah. Mudah-mudahan Allah mengampuni kekeliruan Baginda SAW.”
Cakap-cakap mereka ini akhirnya terdengar oleh Nabi SAW. Baginda pun memanggil semua orang Ansar. Baginda bersabda: “Wahai orang Ansar! Bukankah kamu telah mempercayai aku ketika orang lain mendustakan aku? Bukankah kamu telah melindungi aku ketika orang lain menghalau aku? Dan bukankah kamu telah membela aku ketika orang menghinakan aku?”
Mereka serentak menjawab dengan berlinangan air mata: “Untuk Allah dan rasul-Nya anugerah itu.” Kemudian Rasulullah SAW meninggikan kalimahnya: “Bukankah dulu aku dapati kamu dalam kesesatan, lalu Allah memberi hidayah kepada kamu dengan kedatangan aku? Bukankah dulu aku dapati kamu dalam keadaan fakir, lalu Allah memberikan kecukupan kepada kamu dengan kedatangan aku? Bukankah dulu kamu dalam keadaan bermusuhan, lalu Allah menyatukan hati kamu dengan kedatangan aku?”
Kata-kata itu begitu menusuk ke hati mereka. Mereka bertambah sedih mendengar pertanyaan Rasulullah SAW yang bertalu-talu. Dalam esakan dan tangisan mereka menjawab: “Benar wahai Rasulullah SAW.” Kemudian Nabi SAW meninggikan lagi suaranya: “Wahai orang Ansar! Tidak relakah kamu jika orang Muhajirin itu pergi dengan membawa unta, sedangkan kamu pergi dengan membawa Rasulullah SAW? Demi Allah, kepergian kamu membawa Rasulullah SAW adalah lebih baik daripada kepergian mereka membawa unta itu. Sesungguhnya kamu telah mendapat inti, sedangkan mereka mendapat kulit luarnya saja. Demi Allah, seandainya aku harus melalui suatu jalan, sesungguhnya akan aku lalui jalan yang kamu lalui. Mudah-mudahan Allah mengampuni dan merahmati kamu, wahai orang Ansar berserta anak dan cucu kamu.â€�
Mendengar kesungguhan Rasulullah SAW menyatakan isi hati Baginda yang begitu tulus, mereka semua bertangisan dan menjawab berulang-ulang: “Kami rela Allah sebagai Tuhan kami dan Muhammad sebagai Nabi kami!”
Begitulah kesyukuran yang ditunjukkan. Ia mengalir dari hati yang jernih, menenangkan seluruh jasad dan menundukkan pemikiran logik di bawah kuasa hati yang reda. Sesungguhnya nikmat yang paling besar ialah iman dan Islam yang dilimpahkan ke dalam hati manusia.
  • Syukur kerana nikmat harta.
Pembukaan istana Kisra Parsi, Iwan Putih yang bertatahkan emas permata oleh panglima tentera Mukmin dan bala tenteranya yang salih turut mengajar erti kesyukuran. Beliau ialah panglima yang gagah lagi berani, Saidina Saad bin Abi Waqqash.
Selepas berjaya memasuki Istana Kisra, beliau lantas mengagungkan Allah dengan sebaik-baik laungan: “Allahu Akbar!�
Ketika melihat kilauan gemerlapan emas dan permata yang menghiasi istana itu, ingatannya terus menerpa kepada firman Allah yang terus dialunkannya dengan suara yang penuh kekhusyukan dan tangisan tanda kesyukuran.
Ayat itu bermaksud: “Alangkah banyaknya taman dan mata air yang mereka tinggalkan, dan kebun serta tempat yang indah, dan keseronokan yang mereka nikmati. Demikianlah kami wariskan semua itu kepada kaum yang lain. Maka, langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh.� – (Surah al-Dukhan, ayat 25-29)
Ayat ini begitu menyentuh jiwa, mengingatkan kita nikmat harta yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya. Tetapi, adakah kita memiliki perasaan sama seperti Saidina Saad atau mungkinkah kita sama seperti mantan penghuni Istana Kisra itu?
Kedua-duanya mempunyai persepsi berlainan terhadap anugerah harta. Harta yang berkat memiliki cirinya yang tersendiri, iaitu:
  1. Apabila diperoleh ia dapat membuat kita bersyukur.
  2. Apabila diambil ia menjadikan kita hamba yang reda.
  3. Ia tidak melalaikan daripada mengingati Allah.
  4. Ia bukan menjadi alat untuk bermaksiat, tetapi menjadi wasilah untuk beribadat.

Sekadar perkongsian..sama-sama kite menhayati dan renung2kan...

Source: >>><<<