Black Heron; Binatang yang Sangat Unik

Tags
Kita tahu cara sesumpah menunggu mangsanya adalah dengan menyamar sebagai persekitaran, ada binatang yang menyamar sebagai batu kerana warna badan mereka hampir-hampir serupa. Tetapi burung black heron yang anda akan baca selepas ini sangat unik.. Sangat berbeza dan cool.

burung black heron

Black Heron yang macho (imej dari carian google)


Nama saintifiknya adalah Egretta ardesiaca, dan dikategorikan sebagai binatang2 yang diancam kepupusan.

Burung ini tinggal di kawasan Senegal, Sudan dan bahagian timur Afrika. Kebiasaannya dijumpai di kawasan tanaman-tanaman yang berair, tebing2 sungai, ataupun kawasan padi. Biasanya burung Black Heron akan memburu secara solo, tetapi kadang-kadang secara berkumpulan. Burung Black Heron ini uniknya hanya berburu di kawasan panas terik. Dan tatkala cuaca mendung dan hujan, keunikannya tidak akan kelihatan.

Kenapa panas terik
Burung ini memburu dengan akalnya yang diilhamkan, bukan dengan kepantasannya seperti Black Hawk, bukan juga dengan ketajaman matanya seperti Helang yang mampu melihat arnab dengan jelas ketika terbang 2km di atas bumi... Inilah yang membezakan binatang ini dengan binatang yang lain. Ya Allah, maha suci Engkau kerana menciptakan segala-galanya, dan amat rugilah sesiapa yang menafikan kebesaranMu.


وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِنْ دَابَّةٍ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Maksud:
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. ~Al-Jaathiyah: 4~



Black Heron yang sedang beraksi..

Black Heron yang sedang beraksi ( IDCG = Imej dari carian google )


Macamana tu

Ya, burung ini mengembangkan sayapnya sehingga menyerupai payung, payung hitam maut yang berduri, yang menjadi tempat teduhan ketika panas terik untuk ikan-ikan kecil. Ikan-ikan kecil yang akan berlindung disebalik bahang kepanasan pada hari itu akan menyangka mereka itulah rezeki mereka kerana disediakan tempat berteduh. Tetapi hakikatnya, itulah rezeki Black Heron yang menyediakan ikan-ikan kecil tempat berteduh. Dan ketika ikan-ikan kecil itu berlegar-legar di bawah 'payung hitam' itu, Tercatatlah sebuah rezeki untuk Black Heron
pada hari tersebut.. Indahnya ciptaan Allah di muka bumi ini, mempunyai cara dan keunikan tersendiri yang pelbagai yang tidak dapat dijangkaui logik akal manusia sendiri. Allah telah menunjukkan tanda-tandaNya, dan terpulang kepada kita manusia untuk mencari, dan mentadabburinya.

Source>>

"Tragedi Emosi Krismas"

“Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu.
Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama.
“Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali.
“Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau.

“Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. Katakanlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang ziarah ke rumah awak. Masa baginda duduk di ruang tamu, awak nak letak tak patung Santa Claus tu di situ? Atau awak nak sembunyikan?” saya mencuba ‘rawatan’ alternatif.
Pelajar yang bertanya, dan rakan-rakan yang lain ketawa.
“Hah, nak beli lagi ke?” sergah Masri kepada pelajar tersebut.
“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]
Ya, tak usahlah jauh sangat mencari hukum. Panduan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu pun sudah memadai. Kalau sesuatu yang mahu kita lakukan itu mendatangkan resah kepada diri, dan kalau boleh jangan ada sesiapa pun yang tahu, Insya Allah, DOSA jualah namanya perbuatan itu.
DISEMBER DI BARAT
Sepi di pagi Krismas di Belfast, boleh membunuh insan yang hidup dalam putus asa
Berada di Ireland pada bulan Disember, menjadikan kita keliru.
Sambutan Krismas bukan sebarangan. Kalau di Belfast, Galway dan Dublin, seawal 1 Disember, jalan-jalan utama sudah cantik dihias. Jualan murah di semua pasar raya. Santa Claus dan rusa-rusanya berada di mana-mana. Siapa yang tidak teruja?
Semuanya Krismas. Santa Claus, hadiah, membeli belah dan kad kredit!
MERRY KUFUR!
Tetapi saya tidak rasa ada iman di sebalik perayaan Krismas. Tidak ada unsur-unsur yang mengajak penganut Kristian, baik Katholik mahu pun Protestan, untuk mendekatkan diri kepada ‘tuhan’ mereka, kepada Jesus Christ. Krismas adalah pesta, kegembiraan dan keseronokan, serta kekecewaan dan kemurungan untuk homeless community.
Erti Krismas bagi orang Kristian, adalah terlalu jauh dari Tuhan, Isa dan Bible. Unsur pesta dan kewajipan berkumpul bersama keluarga, mendominasi suasana yang menyelubungi Krismas.
Kerana itulah, Sheikh Abd Rahim Green semasa berceramah di Masjid Dublin, kecewa dengan sikap umat Islam yang sibuk mahu mengucapkan Happy Christmas kepada orang Kristian.
“Kamu tahu apa ertinya ia kepada kami, para revert yang dahulu Kristian kini Islam? Apabila kamu mengucapkan Happy Christmas kepada mereka, yang kami dengar hanyalah Happy Kufur, Happy Syirik!” kata beliau.
TERBALIK
“Hairan ana, kalau kat Malaysia orang muda penuh berkumpul di stesyen bas dan keretapi untuk balik kampung. Tapi di sini, orang tua-tua pula yang penuh di stesyen untuk ke rumah anak-anak” saya mengadu kepada Nasreel, rakan serumah di London.
Kaget dengan pemandangan orang tua-tua beratur menaiki keretapi di stesyen Paddington menuju ke barat England.
“Biasa la ustaz. Londoners la katakan!” jawabnya sambil tersenyum.
Pemandangan di Heathrow juga tidak banyak berbeza. Ibu bapa mendamba diri ke rumah anak-anak.
KESYAHDUAN BUKAN KERANA AGAMA
Krismas juga menjadi hari derita bagi mereka yang tidak berkeluarga. Kadang-kadang saya sedih melihat keadaan diri mereka yang merayau dan merempat di lorong-lorong Belfast. Tidur entah ke mana, makan tak tahu cerita. Kebanyakkan melepaskan masalah hidup dengan ketagihan. Ketagih arak, atau dadah, atau seks… entahlah.
Namun ramai golongan homeless yang membunuh diri di musim Kristmas. Christmas Carol yang didendangkan, seperti irama neraka yang membunuh jiwa. Mereka tiada keluarga untuk dituju. Sepi dan keseorangan menghabiskan sisa-sisa hidup yang tiada makna. Perasaan mereka mungkin seperti perasaan sesetengah kita ketika mendengar Takbir di Hari Raya. Sedih… dengan kesedihan yang tidak datang dari iman.
KRISMAS DAN RAYA
Kadang-kadang saya terfikir, nasib Krismas dan Hari Raya tidak banyak berbeza. Kedua-duanya ditunggu oleh penganut agama masing-masing, tetapi bukan untuk membesarkan Tuhan. Krismas dan Hari Raya hanyalah sebuah pesta tahunan. Krismas dan Hari Raya adalah hari syahdu bukan pada muhasabah diri yang berdosa atau perpisahan dengan Ramadan yang meragut hari-hari keampunan. Krismas dan Hari Raya hanyalah hari rindu warga kota menebus dosa meninggalkan kekeluargaan dan persaudaraan selama ini.
Tangisan bukan tangisan iman. Senyum ketawa tiada kena mengena dengan Tuhan. Sama ada Kristian dengan Krismasnya, atau Muslim dengan Hari Rayanya, agama sudah diadatkan.
KRISMAS DI MALAYSIA
Saya jelek melihat warga kota di KL menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat.
Apabila menonton NTV7 dan 8TV, saya semakin jelek dengan gelagat ‘orang-orang urban‘ yang terdesak untuk menjadi Barat. Desperado!
Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.
Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem’perang’kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.
Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina. Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan ‘harapan’, sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.
Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan.
Malaysia dan perangainya melahirkan hamba hiburan dan pesta. Orang-orangnya mahu memalsukan semua agama dari soal iman dan pencarian terhadap hakikat kebenaran, kepada adat resam dan budaya semata-mata, adat resam yang tiada kena mengena dengan Timur, tiada kena mengena dengan Islam.

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Laporan akhbar METRO Ramadhan 1429 ini, mencapai kemuncak apabila anak Muslim berbangsa Melayu, berpuasa dan berbuka puasa dengan arak! [Laporan 1] [Laporan 2]
Inilah beban derita, berfikir tentang agama manusia di akhir zaman.
Sama-sama renungkan....




Source>>
SAIFULISLAM.COM (1998 – 2009)

Mutiara Hadis-hadis Tentang Madrasah Ramadhan


Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)



Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)


Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). 

Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (umat Islam yang majoriti/sawadul a'zhom). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
MUTIARA MENAWAN DARIPADA HADIS-HADIS KELEBIHAN RAMADHAN
1. Semua hadis menceritakan tentang kelebihan Ramadhan yang merupakan sebagai suatu simbol kecintaan Allah s.w.t. kepada para hambaNya.
2. Janji limpahan rahmat dan keampunan yang meluas di bulan Ramadhan, merupakan antara motivasi daripada Allah s.w.t. buat para hambaNya, dalam rangka untuk memperbaiki hubungan kehambaan mereka kepada Allah s.w.t. di samping menjadi pemangkin bagi menyuntik semangat baru bagi para hambaNya untuk terus berjalan menujuNya.
3. Ramadhan menjanjikan suatu madrasah tarbiah yang bermakna buat para hamba Allah s.w.t., kerana di dalamnya, para hambaNya dapat melatih diri dalam menjaga niat dan keikhlasan kepadaNya dalam setiap amalan.

4. Hadis-hadis ini juga menceritakan tentang kepentingan keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadah, kerana amalan hanya diterima dengan niat yang ikhlas.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Begitu juga, ia mampu menghapuskan segala dosa jika seseorang bertaubat dengan taubat nasuha, seterusnya melakukan ketaatan sebagai ganti (kaffarah) bagi dosa-dosa tersebut.
6. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya.
7. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi di sisi Allah s.w.t..
8. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai yang tersayang, dan kegembiraan apabila bertemu Allah s.w.t. kelak. Sememangnya, dalam berbuka puasa itu, kegembiraan seseorang hamba bukanlah kerana dapat memenuhi syahwat makannya setelah lama menahannya, tetapi kegembiraan hakiki seseorang hamba sewaktu berbuka puasa ialah, apabila melihat hidangan di hadapannya, dengan penuh syukur, dengan merasakan, seluruh rezeki tersebut merupakan suatu tanda kecintaan Allah s.w.t. kepadaNya.
Adapun kegembiraan ketika bertemu dengan Allah s.w.t., laksana kegembiraan sang kekasih yang sentiasa menyimpan rindu untuk bertemu dengan kekasihnya, yang telah lama berjauhan di perantauan.
Semoga puasa kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam dalam usaha untuk memperbaiki hubungan diri dengan Allah s.w.t..
Wallahu a'lam...
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qadir
Ahmad Mukhlis Al-Razi

Only Japanese Can do It!

Tags
Salam n ohayougozaimasu sume..huhu saya telah di jangkiti "virus jepun"... Lama sgt x hapdet blog nih ntah ape jd huhuu... kali ni nk share ke-pelikkan yg ade kt jepon n secara automatically kt malaysia xder..heee~ =P jom sama-sama tgk n tersenyum @ ape yg patut.. =):


Tgk siap ade cooler kt chop stick huhu..ingat laptop jer ade cooler haha...=)




huh...penah kaorng nk buat gni x?haha..bru x tempias hujan beb..!!


Wahh...ni kire bgus,flexsible bleh d bwk ke mana2..jgn tertukar ngn glue dh lorr..haha...



hehe...yg ni sape2 xcukup tido..leh la praktik kn tyme on the way nek bus n LRT nk g klas @ kerja haha =P...



haa..yg ni lak sape yg ske tgk shin chan leh la buh muka dia huhu...




waarh haha...cian baby ni dpt mama dia yg kreatif n inovative sgt hehe...xpyh pnt2 nk mop lantai dh haha...




Sesiape yg bru bli kasut leh la nk praktik cara nih..haha



Adess...bapak,mmng kreatif yg terlampau..ingt pisau kcik tu jer leh wat sebaguna gni haha...




Anda yg slalu gugur rambut xpayah risau lg tkt rambut msuk dlm mknn dgn alat nih haha...=P




Selipar Serbaguna haha...ni bkn stakat lipas..nk ketuk tikus pown leh...huhu




Kepada bapa-bapa yg anak nk susu time isteri xde leh la wat gni..leh jd bapa mithali.. ;-)




Bagi yg malas nk tunduk nnt tkt sakit belakang..leh la bli ni seploh ltak kt umah haha..=P




hmm..xde lg istilah "org mngantuk di sorongkan bantal"..bantal dh ade kt kpala kih3...




Camera canggih "360 Degree Panoramic Camera "




Haha...sape yg masih duk d bawah ketiak mak tu try la bli nih..senang g jauh2 xde la terasa sgt haha...=P

Sekian saje...agar buat anda tersenyum =)
Wassalam..




11 Perkara

Tags

11 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincang Dengan Lelaki

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada beberapa tips yang perlu kita tahu:

  • Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.
  • Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan anda melebihnya. Boleh menyinggung perasaan dia beb!
  • Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
  • Benci ibunya.
  • Jika ilmu kamu lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari kamu.
  • Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
  • Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai kamu atau ingin mengenali kamu.
  • Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki kamu membuat dia cemburu dan kurang senang. So kurang-kurangkanlah yer.
  • Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tak boleh dengar. Eloklah kamu hindarkan.
  • Jangan cerita tentang keburukan pasangan anda. Lelaki juga sensitif. Jika perangai atau kelakuannya, bincanglah secara lembut.
  • Sebut tentang bekas teman lelaki. Ini pedih bagi lelaki.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

copy paste from:>>HERE<<

Lawak

Salam... Dlam dnia ni klau kite tgk betul2 mcm2 bnda yg melucukan ader haha..=).. kt bawah ni nk tnjuk beberapa funny signboard yg klako2..

Just For Laugh =)






Sekian...itu jer nk share hehe..laen kali sambung lg. =P....

Jangan lah kamu bersedih

Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan.
Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum
dan ceria. Sebaliknya,dengan senyuman dan kecerian kita akan
mampu untuk menghadapi ujian hidup.Biasalah jika susah hati
atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis.Dalam situasi
anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak
tenang.
Paling penting,anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi
dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan
diri.Masalah akan selesai jika kita berusaha.Memang susah! memang
payah! Ada tikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan.Tapi
bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai
ujian,anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.
Inilah panduan:
1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,
“sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
….Surah Al-Ankabut ayat 2-3
2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 216
3-Kenapa ujian seberat ini?
” ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesan-
ggupannya,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 286
4-Kenapa rasa keciwa?
” Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman,”
…..Surah Al-Imran ayat 139
5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuat-
kan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),
dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai
kemenangan).”
…..Surah Al-Imran ayat 200
6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……
….Surah At-Taubah ayat 111
7-Kepada siapa aku berharap?
“Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya
aku bertawakal.”
…..Surah At-Taubah ayat 129
8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya
tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
…..Surah Yusuf ayat 12

Batu Terapung

Tags




Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu

Gambar ni dah tersebar dengan luas di internet. banyak pihak menyatakan yang batu ni adalah batu yang nak ikut Nabi Muhammad S.A.W semasa israk dan mikraj. Banyak artikel-artikel mengenai 'Dome of The Rock' memaparkan imej batu ni. Namun tidak dapat dipastikan samada penulis tersebut adalah orang Islam atau beragama lain. Penulis artikel tersebut telah mengaitkan batu tersebut dengan kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah s.a.w. sedangkan lokasi batu itu pun tidak diketahui di mana, dan tidak pula diketahui siapa yang telah menangkap
gambar itu. Sebenarnya, bagi mereka yang berpengalaman mengedit foto, dia boleh mengedit gambar batu menjadi seolah-olah terapung dengan menggunakan teknik superimpose. Tapi kenapa mereka sanggup melakukan pekara sedemikian? Apakah tujuan sebenar mereka?

Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki)
terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.

Batu itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil yang dipanggil "Gua Arwah".
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu dikepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan senibinanya direka khas oleh seorang akitek Greek.
Pada masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10, masjid itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra' (Dome of The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter.

Ada cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi'raj ke Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi'raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan masih ada di sana.

Menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka yang berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam Al-Qur'an atau dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas)



Kejadian batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk dan mikraj, setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih, perkara itu tidak benar. Ia hanya bersumber dari Yahudi (dongeng Israiliyyat). Batu itu sebenarnya tidak terapung.

Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar:
وقبة الصخرة ليست معلقة بالهواء كما ورد في السؤال وإنما لها حافة تمتد بعيداً عن قاعدتها بحيث يتخيل الشخص أنها معلقة.

"Qubatul Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang dinyatakan didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang menjadikan ianya tergantung".

Maknanya, batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah menjadikannya seolah2 terapung. Kesimpulannya, cerita Batu yang tergantung itu merupakan cerita-cerita
Israiliyyat. Dikatakan bahawa orang Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai Qubatul Sakhra' agar orang Islam dapat melupakanMasjid Al-Aqsa yang dipercayai merupakan tapak masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai.